Friday, 7 June 2013

Review-Now You See Me

Cerita ni keluar timing sama plak dengan Fast&Furious 6. Hati masa tu lebih terkinja-kinja nak tengok Fast&Furious 6. Tu yang aku baru tengok Now You See Me (NYSM).

Memang best. Out of 10, aku harus bagi 8.5 ni. Kira A+ dah ni dalam list aku.

Sedikit storyline pasal NYSM yang mana aku copy dari IMDB dan aku translate mengikut kefahaman aku.

Mengenai 4 orang street magician yang bergerak secara solo dan setiap sorang ada kelebihan masing-masing. Danial Atlas, Merritt McKenny(pakar hipnotis), Henley Reeves (ex-pembantu Danial Atlas) and Jack Wilder. Empat-empat orang ni one day dapat kad yang mengarahkan diorang pegi ke satu alamat.
The Four Horsemen

 Fast forward setahun lepas tu, diorang berempat bergerak dalam satu dream team dikenali sebagai The Four Horsemen. Climax show diorang kat Las Vegas,diorang merompak sebuah bank di Paris dengan menggunakan ilusi dan magik. Duit yang dirompak tu ditabur ke seluruh audien masa tu. Haaa gila gempak.

Rompakan ni ofkos menjadi kes FBI dan Interpol. So keempat-empat orang ni ditahan tetapi terpaksa dilepaskan camtu je. Agen FBI masa ni Rhodes kena bekerjasama dengan Alma dari Interpol untuk siasat macam mana The Four Horsemen boleh merompak bank di Paris sedangkan at that time diorang di Las Vegas. Lepas show tu nama diorang memang mashur dan peminat masa tu follow diorang untuk show seterusnya.
 
Agen FBI dan Interpol tengah soal siasat si Danial Atlas regarding rompakan bank di Paris. Ada some magic tricks, mind tricking scene yang korang kena tengok dengan teliti.

now-you-see-me-morgan-freeman-melanie-laurent
Watak Morgan Freeman ni kerjanya membongkar tipu helah dalam magic show. Dia dulu pun magician jugak. Masa ni dia tengah explain macamana the Four Horsemen merompak bank di Paris.

Aku suka cerita ni sebab banyak twist dan jalan cerita dia ko tak boleh predict. Apa yang buatkan aku nak sangat tengok NYSM ni sebab banyak review yang aku baca mengaitkannya dengan The Prestige. The Prestige ni memang one of the best movies yang aku penah tengok seumur hidup.

 
Salah satu twist dalam movie ni. Related dengan rabbit scene dalam mana-mana magic show. Ala yang rabbit tu boleh hilang bila masuk dalam kotak. 

Lelaki tua tu penaja show the Four Horsemen. Masa ni diorang on their way for the second show. Walaupun macam tengah berborak kosong, actually diorang tengah carry out their plan for the second show. Iaitu merompak penaja sendiri.

Ni lepas scene kejar-mengejar antara agen FBI dengan Jack Wilder. Korang boleh expect the twist coming from this scene. Eh terbagi spoiler plak.

Big twist tentulah part ending. Memang totally unexpected. Sebab tu dia cakap "the closer you look, the less you see".

Tak boleh bagitau further details dah. Kang terbagi spoiler. Kena tengok sendiri baru tau dan paham apa yang aku cuba sampaikan. Anyway, aku recommend sangat untuk peminat-peminat movie yang suka berfikir untuk pegi tengok cerita ni. Aku jamin korang akan rasa nak pegi tengok lagi skali untuk cuba memahami the twists from the movie.


No comments:

Post a Comment