Tuesday, 28 May 2013

How I Lose Weight

 Untuk yang masih mencari-cari cara untuk turunkan berat badan tanpa bantuan ubat-ubatan, di sini aku senaraikan beberapa tips.


1. Aku start research and study how to lose weight in a healthy way. Masa ni la aku belajar macam mana nak kira calorie intake. Yang ni major thing u need to learn kalo nak kurus. Blog yang banyak membantu adalah blog sususejat.

2. Calori counting. Aku buat log dalam Microsoft Excel berapa banyak calorie intake aku untuk satu-satu hari. Maknanya apa yang aku makan, aku akan catatkan. Even gula-gula seketul pun aku tak miss tulis. Sehari aku limitkan calorie intake aku 1200kcal sahaja. Macam mana nak tau berapa ko dah makan? Rajin-rajinkan lah study berapa calorie amount dalam satu-satu hidangan yang ko amek. Contoh makan tengahari aku slalunya nasi, ayam atau ikan goreng (ni kurang healthy tapi takde choice sebab makan kat kafe), dengan sayur bayam. Macam tu pun dah around 350-400kcal bergantung kepada saiz ikan atau ayam. Nasi selalunya sekali sehari je aku makan. Itupun dalam portion yang sangat kecik.

3. Untuk menjaga jumlah kalori yang aku amek, kebanyakan makanan aku masak sendiri. Sebab lagi senang kita nak measure berapa banyak minyak, santan, susu yang digunakan.

Sila hindari junk food kalo nak kurus.
4. Jarang makan luar. Awal-awal tu rasa susah sangat. Tapi bila dah biasa tu, ko tengok makanan kat kedai pun dah tak lalu sebab membayangkan berapa banyak minyak yang digunakan. Lagipun ko akan rasa sayang duit nak membeli makanan luar sebab makan confirm tak habis punya.

5. Kurang minuman bersusu atau bergula. Besfren aku cukup kenal yang aku ni hantu teh ais. Pegi mana pun teh ais je yang aku order. Tapi bila dah diet tu, teh ais memang jarang-jarang dah aku order. Lama-lama aku tinggal terus sebab tekak dah tak boleh terima sangat dah.
Dulu aku cukup pantang dengan air ni. Pantang jumpa. Zaman degree sehari mau 3bungkus atleast.
Aku still minum manis tapi limit la. Pagi kalau kopi 3in1 tu aku bancuh separuh je. Susu gula memang dah tak tambah. Petang lagi separuh. Sebab kalo tak minum manis langsung aku rasa macam lemau ja badan ni. Pegi kedai memang aku jarang order air manis dah sebab nak pekena kopi di rumah. hahaha

6. Makan banyak kali tapi dalam portion yang kecik. Walaupun diet, janganla ko sampai berlapar tahap menggigil plak.Selalu pagi sebelum kelas aku akan makan. Balik kelas aku makan roti wholemeal kosong camtu. Tengahari nasik dengan lauk pauk. Petang aku dah makan malam dah. Malam kalo lapar sangat bancuh la susu sket. Pilihan aku susu Sunlac ataupun susu Skim Tesco.

7. Walaupun diet, makanan feveret tetap tak tinggal. Apa guna kurus kalo ko tak boleh makan sedap-sedap. Aku still makan KFC. Cuma kalo ko betul-betul nak kurus, kulit ayam tu takyahla makan. Minyak kalo boleh pedap-pedapkan dengan tisu. Sos tu kurangkan. Sebab tinggi sodium. Nanti dia menakung banyak air dalam badan. Tu yang punca gemuk air tu.

8. Air kosong memang tak boleh dinafikan sangat-sangat penting. Even aku keluar jenjalan pun mesti akan spare sebotol kecik drinking water dalam handbag.

9. Selain tu, cara aku, eat less carbs more protein. Lebihkan lauk-lauk dari nasik, roti, mee semua tu.

Itula sikit sebanyak yang aku ingat yang penah aku amalkan masa berdiet. Yang lain-lain ko kena rajin buat research. Pastu tak payah terpengaruh dengan segala ubat-ubat yang orang promot. Itu semua mengarut.

No comments:

Post a Comment