Sunday, 17 February 2013

Praktikum Day 1

Salam..

Arini aku mulakan tugas sebagai cikgu pelatih..Balik sekolah lama..sekolah tempat aku penah berkhidmat dulu..

Cikgu-cikgu lama bising je kitorang sanggup datang sekolah tu..padahal diorang tunggu masa nak blah dari situ..

aku praktikum dengan sorang lagi kawan dari UPSI..membe aku tu pun sama-sama GSTT skali di sekolah tu..

sebab utama aku sanggup masuk skolah tu sbb guru penolong kanan yang sangat kool..skali time kitorang masuk ni dia dah tukar sekolah lain..

Arini mmg takde buat ape pun..jadual pun tak dapat lagi..PK petang suruh kitorang masuk je observe cikgu-cikgu lain mengajar..

Adala satu kelas je kitorang pegi observe..Lepas tu pegi makan dan solat zohor..then balik bilik guru lepak-lepak je..

Awal-awal tu nerves la jugak..padahal bukan tak biasa mengajar pun..tp entah..nak tune balik dari student kepada cikgu tu yg susah..

Tapi bila dah masuk kelas masa pegi observe tu dah boleh la adapt..untuk subjek KH,kelas mmg dah bahagi ikut elektif.. so klas untuk di handle takla besar sgt..

Esok maybe dah kena masuk klas..tp takdela nak terus ajar since kitorang tak prepare pape pun lagi..ice breaking je..ice breaking pening jugak pikir nak buat apa..takpe spontan jela..hehe

ok wish me luck untuk hari-hari esok..harap aku berjaya buat yang terbaik untuk latihan mengajar ni..

Saturday, 9 February 2013

Goodbye bachelorhood

Hari ini atau lebih tepat lagi semalam kawan baikku ini harus mengucapkan selamat tinggal kepada dunia perbujangan(wujud ke istilah ni?).. maka hilang la sorang lagi team member kelab bujang ni.. sedih pulak rasanya.. tapi apa-apa pun i'm so happy for you my friend..

Sahabat ku ini ku kenali sewaktu zaman minah kilang 2 tahun dulu.. first interview aku dulu, my x-CEO  assign dia bawak aku jenjalan dalam kawasan kilang.. bagi short briefing.. first impression? terkagum aku tengok dia ni.. sebabnya cun sangat.. dan lemah lembut.. dan baikkkk sangat..masa tu siap tanam dalam hati, kalau dapat keja ni, memang aku cari dia dulu la.. Termakbul jugak doa aku.. Lepas diterima bekerja, kitorang memang keja dalam satu department yang sama.. Dia la yang banyak sangat tolong aku..

Mengenali sahabat ini kalo boleh aku rumuskan memang antara yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku.. dia ni memang baik sungguh la.. anak mithali, sahabat mithali dan aku percaya mampu jugak jadi isteri mithali.. sepanjang aku kenal dia ni, kalo nak suruh aku namakan kekurangan dia, memang aku tak jumpa.. bukan nak kata sempurna tapi mungkin juga kekurangan tu terlalu kecik berbanding dengan kelebihan yang dia ada.. ok ada satu kekurangan dia, dia tak reti nak cakap NO kat orang.. oleh itu selalu kena buli..hehe..

Oh my.. Kesian okey.. Selalu sangat kena buli dengan bos-bos.. Tiap-tiap hari balik keja lambat sebab bos tak bagi balik lagi.. Padahal kadang-kadang tu dah takde keja sangat pun.. Aku being a superhero, memang takde la nak biar lagi dia kena buli.. Lepas je aku masuk keja situ memang memanjang aku paksa dia balik skali dengan aku lepas abes waktu keja..Bos jeling pun aku buat tak nampak je.. kadang-kadang saja je aku cakap kuat-kuat ajak kawanku ni balik.. Mesti masa tu bos aku hangin je ngan aku...hahaha.. Bila diingat balik kenangan zaman minah kilang ni, boleh buat aku tersenyum jugak walaupun realiti nya takdela aku happy sangat pun kat situ..tapi yela..pengalaman tu jugakla yang mengajar aku..mana ada keja yang tak stress..tp bila dah dikelilingi kawan-kawan yang baik ni, yang tak best pun jadi best..kawan-kawan ni la yang membakar semangat kita untuk lebih berusaha..

oh ye.. masa di kilang dulu, kitorang selalu dipanggil kembar..muka seiras katanya..padahal macam langit dengan bumi ye..dia dahla cun aku ni biasa-biasa saja.. Tapi maybe dah selalu berkepit kan.. tu yang orang nampak macam seiras tu.. Hmm panjang lagi sebenarnya kalo boleh aku karangkan pasal sahabat ku yang ini tapi cukupla sampai sini dulu.. Kepada kau sahabatku.. selamat pengantin baru..
Cun kan? macam artis youuu..



Kek Marble Pandan Kopi Rendah Lemak

Minggu ni saja dah 3 kali aku membaking. Ni second trial aku untuk kek marble yang aku adjust untuk dapatkan hasil yang kurang lemak. Keputusannya? Sedap..mak aku pun makan bertambah. Aku saja ubah resipi ni supaya dapat makan manisan tanpa rasa bersalah. Err mungkin ada sedikit rasa bersalah sebab aku tak try lagi bake kek fully tanpa lemak.

Sebelum ni aku dah try kek marble coklat dan vanilla dan kali ni aku try buat kek marble pandan dan kopi. Tapi rasa dan bau pandan tu lagi overshadow dari rasa dan bau kopi. Aku rasa maybe lepas ni aku kena cuba tambah coffee emulco dan kurangkan perasa pandan.

Resepi Kek Marble Pandan Kopi Rendah Lemak (Low Fat Pandan Coffee Marble Cake)
Size of servings: 12
Calorie perserving: 199 kcal

Bahan bahan:

115g mentega+135g low fat yogurt
140g gula kaster
 
170g tepung gandum
1st baking powder
 
4 biji telur gred A
2sb susu skim+1/2 cwn air(boleh ganti dengan 2sb susu pekat)
1st serbuk kopi segera (larutkan dalam sedikit air)
1st perasa pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara cara:

  1. Putar mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan yogurt. Pukul lagi sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan bancuhan susu skim dengan air.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
  4. Bahagi dua adunan. Satu adunan dicampurkan dengan larutan serbuk kopi segera. Satu adunan lagi dicampurkan dengan perasa pandan dan pewarna hijau.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang secara selang seli. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak.

 Hasilnya.. Buruk betul perangai tunjuk hasil yg dalam loyang je.



Ok ni senonoh sket. Tak rajin la plak aku nak amek gambar cantik. 2 keping kek ni kira 2 saiz hidangan ye. Aku makan satu je. Hehe. Sedap ohh makan panas-panas. Dengan aroma pandannya. Walaupun aku guna butter separuh saja untuk

Thursday, 7 February 2013

Introduction

Setelah bertahun-tahun mengenali dunia blogging, i have decided to start my own blog. Segalanya bermula di sebuah cyber cafe di pekan kecil ini. Habis saja first degree, i'm still struggling finding a job. and since aku takde buat apa-apa masa tu, dalam tahun 2008, aku mula bekerja di sebuah cyber cafe. Kerja aku hari-hari menghadap pc saja. Seronok? For a few days yelah seronok.. Yela kat umah takde internet connection.. Tiba-tiba dapat pulak internet surfing for free berjam-jam tiap hari, layan ar jugak. Tapi kalau dah hari-hari, reti la jugak aku bosan.

So dari situ aku start kenal dunia blogging. Semua jenis blog aku explore. Blog ilmiah, masak-masak, fashion, diari kehidupan hari-hari. Paling enjoy bila baca blog blogger yang rajin bercerita tentang kehidupan seharian diorang. Aku tak tau orang lain, tapi bagi aku, bila aku baca blog cenggini, aku rasa pandangan aku lebih luas. Aku berpeluang belajar banyak benda. Masa tu blog yang aku follow dan still follow sampai sekarang macam blog Peejburhan, Ceeramoon, Sepet, Viruspadu.. Eh banyak lagila. Setiap blogger yang aku follow ni ada lifestyle dan cara penceritaan diorang sendiri. Aku suka je baca takdela pulak hati nak buat blog sendiri. Sampaila ke hari ini. Baru dapat hidayah agaknya nak mula blogging.

Aku rasa cukupla kot sampai sini sebagai permulaan. Mudahan aku diberi kerajinan selepas ni untuk bercerita dalam blog ni.. Bye..