Sudah sekian lama menyepi. Banyak yang ingin diluahkan. Dah lama terbuku dalam hati. Tapi akhirnya terbuku juga di dalam draf. Tak perlu diluahkan. Mainan emosi saja.
Alhamdulillah dah memasuki fasa hari-hari terakhir persekolahan untuk tahun 2014. Tak terkata begitu banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang waktu ini. Syukur diberi kesempatan merasai pengalaman hidup yang berbeza sepanjang berkhidmat di bumi Sarawak ini. Allah memberikan nikmatNya dengan cara yang berbeza untuk setiap hambaNya. Terpulang kepada diri sendiri saja nak menilainya.
Tak banyak tempat yang aku terokai sepanjang hampir 10 bulan aku bermukim di sini. Asyikla terbang ke semenanjung pantang bercuti. Teringin juga kadang tu berjalan-jalan menjelajah setiap inci bumi Sarawak ni. Tapi keinginan nak balik kampung tu lebih membuak-buak. Ehe.
Sehingga hari ni, aku hanya penah jejakkan kaki ke bandar Sibu (omaigod perlu ke bagitau lagi. Dah tentu tiap-tiap cuti sekolah ada temujanji di airport Sibu), Mukah dan Kuching.
![]() | |||||||||||||||
Signboard berdekatan pekan Daro. Sumber Google dari sini |
Nampak macam dekat je Sibu tu kan. Ini kalo dekat semenanjung, rasanya satu jam pun dah boleh sampai. Tapi keadaan di sini tak sama ye kawan-kawan. Pencapaian paling hebat yang pernah dicapai setakat ni adalah 2 jam 30 minit untuk sampai di Sibu menggunakan jalan darat (plus jalan air).
Sebab nak ke Sibu kami perlu menggunakan dua buah feri yang akan mengangkut kenderaan merentasi dua batang sungai.
![]() |
Feri yang merentasi sungai Batang Lassa. Sungai yang sangat lebar dah macam laut plak. |
Setiap satunya mengambil masa 30 minit dan 15 minit (purata masa yang diambil bergantung kepada keadaan pasang surut air dan apatah lagi tak sempat kaji). Ini pun dah syukur sangat sebab menurut kata orang-orang di sini, keadaan dulu jauh lebih susah. Sebelum pembinaan jalan raya ke Tanjung Manis, kenderaan di sini perlu merentasi lebih banyak sungai. Tak dapat dibayangkan.
Pernah sekali perjalanan ke Sibu mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Huwaa bukan satu kenangan manis. Puncanya, barisan kenderaan yang terlalu panjang menunggu untuk naik feri yang kedua di Serdeng. Feri yang kedua ni lebih kecik berbanding yang di atas. Setiap trip, puratanya 10 ke 11 buah kereta je yang lepas. Mengikut perkiraan aku, waktu tu kami hanya berjaya menaiki feri trip yang kelima. Sila bayangkan.
![]() |
Beli ikan kat tepi ni. Nun di depan sana wharf bot ekspress ke Sibu dan Sarikei. |
Pencapaian terbaik masa yang diambil adalah 2 jam dan kurang baik pernah aku rasai 2 jam 30 minit. Kawan aku pernah merasa pengalaman 3 jam. Huhu. Bot ni ok kalau perancangan ke Sibu tak melibatkan aktiviti memborong dan aktiviti mengukur jalan dari satu pasar raya ke pasar raya yang lain. Ehe.
Panjang pulak penerangan perjalanan ke Sibu ni. Dah masuk maghrib ni malas plak nak sambung cerita. Ok till next time. Bye.
haiii.. sy nk tnya, kalau sibu smpai ke daro sekarang pon still kena naik feri jgk ke?
ReplyDeletex boleh direct jalan darat?
Delete