Friday, 24 May 2013

Sambutan Hari Guru

Actually nak cerita pasal sambutan kat sekolah aku ni.. Tapi macam tak ada apa yang menarik sangat nak diceritakan.. Nak-nak pulak seminggu sebelum tu aku dah membizi dengan budak-budak.. Rasa macam tak diraikan tapi lebih kepada meraikan orang lain..
Posing sebelum diarak masuk.

Masa cikgu-cikgu lain tengah membacakan ikrar, kitorang cikgu-cikgu praktikal sibuk dengan hal belakang tabir.. Tapi sempat la lari kejap.. sebab rasa sayang plak kalo tak join sekaki.. Kami bertiga sebenarnya in charge bahagian persembahan student.. Huwaaa nak nangis kalo pikir kan penatnya.. Dengan sound system problem.. Cd lagu tak boleh run.. Mic kejap berbunyi kejap tak.. Yela semua keja nak last minit kan..

Pecaya ke tak kitorang takde buat rehearsel ke apa langsung pun..main jalan je semua.. Boleh bayangkan tak untuk persembahan pentomin, budak-budak dah naik ke pentas berlakon satu babak.. sekali muzik tak boleh play... terpaksa panggil diorang turun..Isk isk..Terpaksa la member aku lari pegi amek laptop dekat bilik guru.. Terpaksa atur persembahan yang lain plak untuk naik ke pentas..

Tu belum lagi kes nak melayan permintaan cikgu nan seorang ni lagi.. Last minit hantar kumpulan persembahan tapi cd lagu apa pun tak ada.. Dah masa praktis, bebudak dia datang cari aku jugak untuk pinjam laptop nak play lagu.. Takpela layankan jela selagi boleh.. Yela kang kata aku ni racist plak.. Sebab untuk persembahan hari guru ni, kami cikgu praktikal handle 3 kumpulan. Satu kumpulan tarian, pentomin dengan nyanyian.

Apa-apa pun penghujungnya memang kami tersenyum bangga plus gembira.. Walaupun banyak cacat cela, at least kami berjaya membimbing anak-anak murid untuk menghasilkan persembahan yang terbaik di mata kami. Memang tak sia-sia sebab saat keputusan diumumkan, kumpulan pentomin diumumkan sebagai juara persembahan, tarian tempat ketiga manakala yang nyanyian tempat keempat. Kembang kempis hidung ni saat mc mengumumkan kemenangan. Bebudak dah terloncat-loncat suka. Yela rezeki yang tak disangka-sangka.

Idea untuk pentomin pun memang tercipta last minute. Latihan hanya bermula dua hari sebelum persembahan. Dan tak ketinggalan, pembaca skrip boleh kehilangan skrip saat persembahan dilakukan. Itu belum lagi saat moral bebudak down sebab persembahan diorang masa pemilihan seolah-olah tak dihiraukan. Cikgu yang terlibat dalam pemilihan tu tak kata sepatah apa pun. Terpilih atau tidak.. aku pun masa tu terasa jugak di hati.. tapi cepat-cepat pujuk diorang dengan bermacam alasan yang aku rasakan relevan. Alhamdulillah dengan semangat yang ada pada my students, diorang berjaya akhirnya.
Team pentomin tengah praktis
Ni part lagu bunyi gitar. So yang pegang penyapu tu berangan main gitar la tu..
Team tarian. Hampir sebulan jugak team ni praktis. Tapi rezeki lebih menyebelahi team pentomin. But u guys still rock..






 Hari guru dengan hadiah memang sinonim dah. Cikgu-cikgu ni memang tak mintak pun diberi hadiah-hadiah ni. Tapi setahun sekali bila diberi penghargaan berbentuk material, hati siapa tak berbunga. Alhamdulillah tahun ni seperti jugak tahun aku bergelar GSTT, my students masih sudi memberi penghargaan kepada cikgu diorang ni.. Walaupun hadiah yang diterima nilai nya tidak tinggi di mata orang lain, di mata cikgu, hadiah korang la yang paling mahal pernah cikgu terima. Aku dah khaskan sebuah almari untuk hadiah-hadiah my student je. Gambar takdela plak. Kang dikatakan menunjuk-nunjuk plak.

Anyways, walaupun hari guru disambut secara sederhana je di sekolah ini. Yakni sambutan bermula selepas waktu rehat. Hari guru tahun ni tetap menyimpan seribu satu kenangan buat aku dan kawan-kawan seangkatan. Hopefully akan terus diberi kesempatan untuk terus menyemai bakti mendidik anak-anak bangsa walau di mana jua aku ditempatkan pada masa mendatang.




No comments:

Post a Comment