Alhamdulillah hari khamis haritu merupakan hari terakhir pensyarah datang observe.. leganya rasa.. kurang dah satu beban yang nak ditanggung.. terus rasa dah tak nak tulis rph dah.. eh buat yang tak tau..observe ni penting untuk cikgu yang tengah praktikum..since pensyarah yang akan buat penilaian pengajaran kita.. tapi markah of course bukan sepenuhnya dari pensyarah.. guru pembimbing pun menyumbang jugak. tapi yang tu tak risau sangat..boleh kawtim...hehe
Antara tips yang pensyarah aku tekankan:
- Kena banyak terapkan higher order thinking skills dalam pengajaran.. maknanya kena banyakkan aktiviti yang melibatkan pelajar menganalisis, mengsintesis dan menilai..
Aku amek contoh subjek aku je la kan senang.. aritu aku mengajar tajuk Etika Makan.. so aku kena banyakkan soalan di mana jawapannya memerlukan pelajar berfikir sendiri..xde dalam buku teks..
Contohnya: Suruh pelajar buat perbandingan cara makan mereka di rumah dengan cara makan di rumah orang lain(rumah saudara atau rumah kawan).. Di sini aspek analisis dah digunapakai.. Lepas tu suruh pelajar buat pilihan dan nyatakan sebab di mana cara makan yang lebih baik telah diamalkan.. Di sini aspek penilaian pulak diterapkan..
- Guru kena kurangkan bercakap. Maksudnya student-oriented learning. Pembelajaran berpusatkan murid.
Yang ni memang diakui kaedah pengajaran yang sangat ditekankan oleh mana-mana lecturer pun.. Tapi sebenarnya banyak jugak pros and cons nya.. Kita sebagai cikgu memang dah sinonim dengan banyak bercakap sebnarnya.. Walaupun dah plan aktiviti berpusatkan murid, cikgu ni memang dah tak boleh nak tutup mulut kot..hahaha.. nak jugak tambah-tambah..
- Lepas tu kawalan kelas masa aktiviti perbincangan murid.
Ok yang ni kalo nak bertikai memang aku kira nak menang jela.. Pada aku kalo dah nama discussion, kita tak boleh nak suruh murid discuss slow-slow.. lagipun masa aku kat UPSI aritu pun pensyarah aku penah cakap, takpe kalo pelajar bising sket masa aktiviti discussion.. itu normal..
Tu antara beberapa yang aku ingat untuk aku share dalam blog ni.. Apa-apa pun untuk plan kaedah pengajaran ni takdelah sesusah nak praktikkannya..sebab cikgu ni berhadapan dengan manusia yang banyak ragamnya..kena mood diorang baik..baiklah perjalanan sepanjang kelas tu.. Tapi dengan nasihat pensyarah penyelia, guru pembimbing dan guru-guru lain, besar la harapan supaya aku dapat jadi guru yang lebih berkesan.. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment