Alhamdulillah..semalam tanggal 10 Disember 2013 tamat sudah penantian aku untuk temuduga SPP bagi jawatan PPPS DG41.
Temuduga dijalankan di Institut Pendidikan Guru kampus Pulau Pinang. Aku ditakdirkan antara insan terpilih untuk menjalani temuduga pada hari pembukaan. Interview berlangsung dari 10 hingga 13 Disember. Kecut perut dan segala macam rasa ada bila tengok nama sendiri dalam senarai.
Sebelum ni aku langsung tak prepare apa-apa untuk interview ni. Malas tak payah cerita la. Tapi dah naik nama tu pandai-pandai la pegang pen dan buku pastu start google sana sini cari info. Pembelajaran maya la katakan. Info semua ada dihujung jari je.
Lega bila aku kabarkan pada encik tunang beliau sudi temankan aku hari tu. Nak harapkan aku drive sendiri ke sana? Macam tak je. Macam tak mungkin je.
Jadi berbekalkan ilmu yang penuh sendat di dada, kami bertolak pada pagi Selasa jam 7 lebih gitu ar. Hujan lebat pun aku redahi. Traffic jam apa tah lagi. Redha jela encik tunang sebab dia yang kena drive.
Interview dijadualkan jam 10am. Tapi kumpulan aku yang merupakan kumpulan ke enam pada hari tu hanya berjaya menyapa panel penemuduga pada jam 1.45pm. Panel haritu langsung tak sentuh pasal dasar-dasar dan segala mak nenek yang aku baca dan hafal pun. Soalan lebih kepada memberikan pendapat berdasarkan pengalaman sewaktu mengajar. Jawapan yang keluar dari mulut pun macam bertih jagung la. Bukan sebab hebat. Betul ke tidak pendapat masing-masing belakang kira. Janji ko cakap je apa yang ko yakin betul dan tahu. Panel sangat baik terutamanya Guru Cemerlang Kh. Banyak memberikan nasihat berdasarkan pengalaman beliau. Sesi yang berjalan 1 jam(lebih kurangla) rasa macam kejap sangat.
Alhamdulillah sangat sebab diberikan peluang mendapat sesi interview yang mudah. Rezeki. Siang malam berdoa dipermudahkan. Bukan nak kata sebab aku hebat maka doa aku termakbul tapi mungkin juga ini rezeki yang dibawa ibu mengandung. Salah seorang ahli kumpulan aku.
Rasa hilang dah satu beban yang selama ni aku dok bawak. Dah boleh la start concentrate preparation nak kawen..kahkah.. Berharap sangat dapat diposting berdekatan dengan keluarga dan bakal suami. Amin..