Tuesday, 18 November 2014

Daro ke Sibu

Assalamualaikum..

Sudah sekian lama menyepi. Banyak yang ingin diluahkan. Dah lama terbuku dalam hati. Tapi akhirnya terbuku juga di dalam draf. Tak perlu diluahkan. Mainan emosi saja.

Alhamdulillah dah memasuki fasa hari-hari terakhir persekolahan untuk tahun 2014. Tak terkata begitu banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang waktu ini. Syukur diberi kesempatan merasai pengalaman hidup yang berbeza sepanjang berkhidmat di bumi Sarawak ini. Allah memberikan nikmatNya dengan cara yang berbeza untuk setiap hambaNya. Terpulang kepada diri sendiri saja nak menilainya. 

Tak banyak tempat yang aku terokai sepanjang hampir 10 bulan aku bermukim di sini. Asyikla terbang ke semenanjung pantang bercuti. Teringin juga kadang tu berjalan-jalan menjelajah setiap inci bumi Sarawak ni. Tapi keinginan nak balik kampung tu lebih membuak-buak. Ehe.

Sehingga hari ni, aku hanya penah jejakkan kaki ke bandar Sibu (omaigod perlu ke bagitau lagi. Dah tentu tiap-tiap cuti sekolah ada temujanji di airport Sibu), Mukah dan Kuching.
      
Signboard berdekatan pekan Daro. Sumber Google dari sini














Nampak macam dekat je Sibu tu kan. Ini kalo dekat semenanjung, rasanya satu jam pun dah boleh sampai. Tapi keadaan di sini tak sama ye kawan-kawan. Pencapaian paling hebat yang pernah dicapai setakat ni adalah  2 jam 30 minit untuk sampai di Sibu menggunakan jalan darat (plus jalan air).

Sebab nak ke Sibu kami perlu menggunakan dua buah feri yang akan mengangkut kenderaan merentasi dua batang sungai. 
Feri yang merentasi sungai Batang Lassa. Sungai yang sangat lebar dah macam laut plak.
Setiap satunya mengambil masa 30 minit dan 15 minit (purata masa yang diambil bergantung kepada keadaan pasang surut air dan apatah lagi tak sempat kaji). Ini pun dah syukur sangat sebab menurut kata orang-orang di sini, keadaan dulu jauh lebih susah. Sebelum pembinaan jalan raya ke Tanjung Manis, kenderaan di sini perlu merentasi lebih banyak sungai. Tak dapat dibayangkan.

Pernah sekali perjalanan ke Sibu mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Huwaa bukan satu kenangan manis. Puncanya, barisan kenderaan yang terlalu panjang menunggu untuk naik feri yang kedua di Serdeng. Feri yang kedua ni lebih kecik berbanding yang di atas. Setiap trip, puratanya 10 ke 11 buah kereta je yang lepas. Mengikut perkiraan aku, waktu tu kami hanya berjaya menaiki feri trip yang kelima. Sila bayangkan.

Oleh sebab tu, aku prefer gunakan bot ekspress.

Beli ikan kat tepi ni. Nun di depan sana wharf bot ekspress ke Sibu dan Sarikei.
Pencapaian terbaik masa yang diambil adalah 2 jam dan kurang baik pernah aku rasai 2 jam 30 minit. Kawan aku pernah merasa pengalaman 3 jam. Huhu. Bot ni ok kalau perancangan ke Sibu tak melibatkan aktiviti memborong dan aktiviti mengukur jalan dari satu pasar raya ke pasar raya yang lain. Ehe.

Panjang pulak penerangan perjalanan ke Sibu ni. Dah masuk maghrib ni malas plak nak sambung cerita. Ok till next time. Bye.



Saturday, 15 March 2014

Kursus oh kursus

Assalamualaikum..
Sekian lama menyepi. Baru kalini berkesempatan update..

Flash back beberapa hari sebelum kejadian.. Aku diberitahu kena hadir kursus untuk guru penyelaras Kadet Pertahanan Awam. Itu je. xde pun ckp berapa hari.. kursus apa.. di mana.. Being me yang tak reti membantah aku iyakan jela. Lepas tu gelabah sensorang.

Ok fast forward.. Hari sabtu 8 Mac tu bergerak la aku sendirian dari pekan Daro ke Sarikei menggunakan jalan air. First time naik speed boat. Sendiri kagum dengan diri sendiri..Yela.. Selama ni aku dah niat taknak guna jalan air lagi dah. Tapi dalam keadaan darurat ni naik jela. Tapi.. Ok je pun. Dahla menjimatkan masa. From Daro to Sarikei, only took about 1hour.

Sampai di Sarikei, aku mula mentafsir keadaan sekeliling dengan pandangan mata kasar aku. Sarikei sebuah bandar yang agak sibuk. Tapi tak sesibuk bandar Sibu. At least lebih sibuk dari pekan Daro.
Speed boat

Bandar Sarikei
 Dari Sarikei aku bertolak ke Kuching dengan kereta. Menumpang seorang cikgu dari Matu. Huwarghh letihnya mata tak payah cakapla..Memandangkan aku ni penumpang..kena la berjaga temankan driver. Sarikei ke Kuching makan masa almost 6jam. Itupun sempat rehat dan makan di hentian area Sri Aman. Sama je macam RnR Plus Highway. Ada deretan kedai makan, gerai buah-buahan, surau dan tandas. Serba lengkap.

Setel je di Sri Aman, kami bergerak ke Kuching. Follow je sebuah lagi kereta di depan. Hampir jam 4 petang kami sampai di PDPA Petra Jaya, Kuching. Lapor diri dan mendaftar untuk penginapan di sana. Niat di hati nak survey dulu keadaan bilik penginapan di situ. Keadaan bilik memuaskan. Tapi aku memilih untuk menginap di sebuah bajet hotel di bandar..Itupun after contemplating for a while..Diskas2 dengan sorang lagi cikgu dari Bintulu..So kami decide untuk stay di luar.

Kursus dimulakan dengan taklimat pada malam tersebut. Details pasal kursus aku cerita next time..hihi..bye..

Thursday, 30 January 2014

Daro..Suatu kehidupan baru

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya penantian aku berakhir.. Sarawak.. Itu destinasiku..

Perasaan bercampur baur.. Antara sedih dan gembira.. Gembira akhirnya dipostingkan.. Sedih meninggalkan keselesaan, kesenangan dan orang-orang tersayang di kampung halaman.

20 Januari..Aku pegi melapor diri di Nouvelle Hotel. 2hari orientasi dijalankan untuk kumpulan guru yang akan berkhidmat di Sarawak Bumi Kenyalang. Hampir 400 lebih ditawarkan untuk ke sana. Tak mungkin aku keseorangan. Cuma yang menjadi tanda tanya. Di mana letaknya sekolah yang kami bakal berkhidmat. Takde sikit klu pun diberikan.

Pandangan dari bilik hotel. Terpikir jugak aku. Ni kah wajah kemodenan yang terakhir dapat ku lihat sebelum menjejakkan kaki di bumi Borneo.

Hari kedua orientasi. Slot yang terakhir. Barulah kami diberikan surat penempatan. Hmm memang patut pun KPM rahsiakan penempatan sehingga ke saat akhir. Ramai yang takleh trima kenyataan. Kalo diberitahu awal confirm ramai yang buat rayuan penukaran. Lumrah la tu..

Aku?Dalam hati ofkos la ada sikit rasa tak puas hati. Yelah nak ke sekolah aku tu kena gunakan pengangkutan air. Bot ekspress. Huwaaa terbayang rasa susahnya nak keluar ke bandar. Nak balik kampung. Tapi masih cuba positifkan diri. Walaupun sekolah aku di luar bandar. Kemudahan semua ada. Tak termasuk dalam kategori pedalaman yang kekurangan serba serbi. Alhamdulillah syukur.

KLIA-Kuching. Kuching-Sibu. Kena amek dua flight untuk ke sana. Perjalanan semua mengikut jadual. Semuanya tiba di Sibu jam 7pm. Sesampainya di Sibu dah ada pegawai yang menjemput untuk ke sekolah atau penginapan masing-masing. Masa ni lah baru aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang ditempatkan di sekolah yang sama. Ada 9 orang semuanya. 5 orang guru perempuan dan selebihnya guru lelaki.

Sekolah tempat kami akan berkhidmat bertempat di Daro. Di bahagian utara Sibu. Memandangkan kami sampai di Sibu dah agak lewat. Bot ekspress pun dah takde dah masa tu. Pilihan yang ada kenala bermalam di Sibu. Untuk yang pertama kali ke Sibu memang tak payah risau. Hotel bajet banyak sangat kat sini.
Swan. Landmark bandar Sibu. Hotel tempat kami bermalam dekat je ngan sini.

Esoknya pagi-pagi dah gerak ke wharf Sibu. Jeti untuk bot ekspress ke Daro. Beg dan barangan kami dah diangkut dengan van sewa. Kami jalan kaki je dari hotel ke wharf. Dekat sangat. Nak pegi ke wharf kami lalu di Central Market Sibu. Pusat jualan hasil tani penduduk tempatan. Besar sangat pasar nya. Masing-masing dok sibuk cuci mata tengok barangan yang dijual.

Sampai wharf. Beli tiket. Seorang RM18. Botnya kecik je. Tapi memanjang. Ada aircon dan TV. Okla tu. Selesa jugak. Hasil risikan dengan pegawai pengiring, taulah kami rupanya untuk ke Daro masih boleh menggunakan pengangkutan darat. Cumanya perlu menaiki dua feri untuk merentasi arus muara Lassa. Ok. Ni dah cukup baik. Boleh consider beli kereta ke apa ke.

Pemandangan dalam bot. Sungai nya boleh tahan lebar. 

  
Jeti pekan Daro. Hampir dua jam jugak barula sampai di pekan Daro. 

Sesampainya di pekan Daro,kami dibawa ke sebuah kedai makan. Ahamdulillah di sini majoriti penduduknya muslim. Mudah sangat nak dapatkan makanan halal. Tak seperti di Sibu. Sambil makan otak masih cuba mendigest dengan segala macam benda. Semua ni masih baru untuk aku. Persekitaran, makanan, loghat percakapan. Semuanya lain. Tapi yang bestnya kawan-kawan semua sekepala. Baik sangat. Lega rasanya.

Habis makan barula pegi lapor diri di sekolah. Sambutan Alhamdulillah baik sekali. Terasa kedatangan kami ni dialu-alukan sangat. Tak sabar nak mulakan kehidupan baru di sini. :)





Thursday, 9 January 2014

Langkah-langkah Permohonan Nikah di Kedah-Siri 1

Macam panjang pulak topik ni siap bersiri lagi. Actually aku jadikan this post sebagai siri 1 memandangkan aku blum abes lagi dengan permohonan nikah aku ni.

One day en tunang ajak pegi pejabat agama. Nak pegi mintak borang kebenaran nikah ke apa tah namanya. Masa kat kursus kawen tu diorang dah jelaskan step-step untuk permohonan nikah.

Sefahaman aku, first step kena pegi pejabat agama daerah untuk mintak borang. Dalam kes ni, aku and encik tunang satu daerah. So kitorang pun pegi la pejabat agama daerah kitorang ni.

Tapi hampa sungguh aku rasa. Kata orang kat pejabat agama tu, borang permohonan nikah kena pegi mintak kat tok kadi kariah masing-masing. Tercengang la jugak aku ni. That means info yang aku dapat dalam kursus kawen which is just few days ago tak tepat la.

Ok. Memandangkan masa tu kitorang dah ada dalam bandar. Kitorang trus kan dengan second step dulu. Which is buat HIV test.

Gamble jela pegi Klinik Kesihatan Sungai Petani. Terus pegi kaunter tanya.
"Kak, nak buat HIV test kat sini ke?" berbaur cuak soklan aku masa tu. Sebab aku expect kena ambil borang HIV test kat tok kadi.
"Ye. Adik pegi kaunter sebelah bagi IC dan ambil borang."

Move on ke kaunter sebelah. Bagi IC. Diberi borang. Borang untuk lelaki dan perempuan tak sama ye. Kendian diberi no giliran.

Sementara tunggu no dipanggil. Isi borang. Amek tekanan darah, ukur tinggi dan timbang berat sendiri. No dipanggil, amek lagi satu no giliran untuk jumpa doktor. Jumpa asing-asing ye. Pisah la kejap. Bukan belangkas pun nak kena berkepit sangat. ehe.

Kendian pegila tunggu depan bilik doktor tu plak. Kali ni diorang bagi borang lain plak tapi dah siap diisi. Eksesais sket pegi jalan kaki cari makmal patologi kat luar. Klinik Kesihatan sini kan asalnya bangunan hospital lama. So banyak blok-blok. Tapi takdelah jauh pun makmal darah tu. Asalkan ko tak buta huruf, mesti boleh jumpa blok makmal patologi tu.

Dah sampai makmal patologi, serah borang. Tunggu kejap nanti dia panggil cucuk jari nak amek sampel darah. Sikit pun aku tak cuak. Sumpah tak tipu. En tunang dah siap amek darah. Tengah tunggu result. Ye ye je nak takutkan aku. Jarum besar la apa. kehkeh. Dah siap amek darah dalam 5 minit macam tu je dah boleh amek result.

Pegila balik jumpa doktor yang sama ye. Terus je masuk bilik doktor. Nanti doktor interview sket sket pasal HIV ni. Dia explain serba sket dan bagi surat. Surat yang mengesahkan keputusan HIV test. Positif ke negatif? Sampai hati nak pikir yang bukan-bukan pasal aku kan. Of course la negatif.

Maka tamatlah riwayat siri pertama dalam permohonan nikah aku kali ni. Next step tunggu aku pegi jumpa tok kadi plak ye.

Saturday, 4 January 2014

Tahun baru..Siri umur pun baru

Assalamualaikum..

Lama sungguh baru terasa nak hapdet lagi blog ni..Mood tarak mariii..Masuk tahun baru ni baru tergerak hati nak hapdet..

Well..benar bagai dikata kat tajuk entry ni..Tahun 2014 ni bermula la episod baru aku sebagai woman at three series..huaaa..Tuanya rasa..Tapi dah lumrah la..Setiap manusia makin bertambah tahun kenala bertambah usia.Ada ka yang terbalik makin muda plak..Kot kena plak penyakit macam Benjamin Button tu..Aging backwards..Bolehla David Teoh buat crita baru..Tajuk kena boh nama aku la kot baru kemelayuan skit bunyinya.."Kes Luar Biasa Anis Idris"..kahkah direct translation ke BM buruk plak bunyinya..takdak commercial value omputih kata..
Great movie indeed..

Hmm banyak benda to expect tahun 2014 ni..First thing first of course la posting.. Berdebar..Curious..semua ada..Tah mana la tercampaknya aku ni nanti..Redha saja la ko ni Anis..Dah orang nak bagi tempat mengajar mana pun..Asalkan boleh mencurahkan bakti kepada anak bangsa pun dah cukup baik...aiseh ayat macam tipikal sangat..Truthfully?Sedihla beb kalo dihantar jauh dari family sendiri..dahla dengan nak kawen lagi..err kawen?hehe..it's the second thing to expect this year..

First post tahun 2014 ni malas la nak berleter panjang..rajin nanti ingat nak post about wedding preparation aku..kalau rajin..bunyi macam malas benar aku ni kan..hehe..ok tata..