Alhamdulillah..semalam tanggal 10 Disember 2013 tamat sudah penantian aku untuk temuduga SPP bagi jawatan PPPS DG41.
Temuduga dijalankan di Institut Pendidikan Guru kampus Pulau Pinang. Aku ditakdirkan antara insan terpilih untuk menjalani temuduga pada hari pembukaan. Interview berlangsung dari 10 hingga 13 Disember. Kecut perut dan segala macam rasa ada bila tengok nama sendiri dalam senarai.
Sebelum ni aku langsung tak prepare apa-apa untuk interview ni. Malas tak payah cerita la. Tapi dah naik nama tu pandai-pandai la pegang pen dan buku pastu start google sana sini cari info. Pembelajaran maya la katakan. Info semua ada dihujung jari je.
Lega bila aku kabarkan pada encik tunang beliau sudi temankan aku hari tu. Nak harapkan aku drive sendiri ke sana? Macam tak je. Macam tak mungkin je.
Jadi berbekalkan ilmu yang penuh sendat di dada, kami bertolak pada pagi Selasa jam 7 lebih gitu ar. Hujan lebat pun aku redahi. Traffic jam apa tah lagi. Redha jela encik tunang sebab dia yang kena drive.
Interview dijadualkan jam 10am. Tapi kumpulan aku yang merupakan kumpulan ke enam pada hari tu hanya berjaya menyapa panel penemuduga pada jam 1.45pm. Panel haritu langsung tak sentuh pasal dasar-dasar dan segala mak nenek yang aku baca dan hafal pun. Soalan lebih kepada memberikan pendapat berdasarkan pengalaman sewaktu mengajar. Jawapan yang keluar dari mulut pun macam bertih jagung la. Bukan sebab hebat. Betul ke tidak pendapat masing-masing belakang kira. Janji ko cakap je apa yang ko yakin betul dan tahu. Panel sangat baik terutamanya Guru Cemerlang Kh. Banyak memberikan nasihat berdasarkan pengalaman beliau. Sesi yang berjalan 1 jam(lebih kurangla) rasa macam kejap sangat.
Alhamdulillah sangat sebab diberikan peluang mendapat sesi interview yang mudah. Rezeki. Siang malam berdoa dipermudahkan. Bukan nak kata sebab aku hebat maka doa aku termakbul tapi mungkin juga ini rezeki yang dibawa ibu mengandung. Salah seorang ahli kumpulan aku.
Rasa hilang dah satu beban yang selama ni aku dok bawak. Dah boleh la start concentrate preparation nak kawen..kahkah.. Berharap sangat dapat diposting berdekatan dengan keluarga dan bakal suami. Amin..
Wednesday, 11 December 2013
Friday, 7 June 2013
Review-Now You See Me

Memang best. Out of 10, aku harus bagi 8.5 ni. Kira A+ dah ni dalam list aku.
Sedikit storyline pasal NYSM yang mana aku copy dari IMDB dan aku translate mengikut kefahaman aku.
Mengenai 4 orang street magician yang bergerak secara solo dan setiap sorang ada kelebihan masing-masing. Danial Atlas, Merritt McKenny(pakar hipnotis), Henley Reeves (ex-pembantu Danial Atlas) and Jack Wilder. Empat-empat orang ni one day dapat kad yang mengarahkan diorang pegi ke satu alamat.
![]() |
The Four Horsemen |
Fast forward setahun lepas tu, diorang berempat bergerak dalam satu dream team dikenali sebagai The Four Horsemen. Climax show diorang kat Las Vegas,diorang merompak sebuah bank di Paris dengan menggunakan ilusi dan magik. Duit yang dirompak tu ditabur ke seluruh audien masa tu. Haaa gila gempak.
Rompakan ni ofkos menjadi kes FBI dan Interpol. So keempat-empat orang ni ditahan tetapi terpaksa dilepaskan camtu je. Agen FBI masa ni Rhodes kena bekerjasama dengan Alma dari Interpol untuk siasat macam mana The Four Horsemen boleh merompak bank di Paris sedangkan at that time diorang di Las Vegas. Lepas show tu nama diorang memang mashur dan peminat masa tu follow diorang untuk show seterusnya.

Agen FBI dan Interpol tengah soal siasat si Danial Atlas regarding rompakan bank di Paris. Ada some magic tricks, mind tricking scene yang korang kena tengok dengan teliti.

Watak Morgan Freeman ni kerjanya membongkar tipu helah dalam magic show. Dia dulu pun magician jugak. Masa ni dia tengah explain macamana the Four Horsemen merompak bank di Paris.

Salah satu twist dalam movie ni. Related dengan rabbit scene dalam mana-mana magic show. Ala yang rabbit tu boleh hilang bila masuk dalam kotak.

Lelaki tua tu penaja show the Four Horsemen. Masa ni diorang on their way for the second show. Walaupun macam tengah berborak kosong, actually diorang tengah carry out their plan for the second show. Iaitu merompak penaja sendiri.

Ni lepas scene kejar-mengejar antara agen FBI dengan Jack Wilder. Korang boleh expect the twist coming from this scene. Eh terbagi spoiler plak.
Tak boleh bagitau further details dah. Kang terbagi spoiler. Kena tengok sendiri baru tau dan paham apa yang aku cuba sampaikan. Anyway, aku recommend sangat untuk peminat-peminat movie yang suka berfikir untuk pegi tengok cerita ni. Aku jamin korang akan rasa nak pegi tengok lagi skali untuk cuba memahami the twists from the movie.
Tuesday, 28 May 2013
How I Lose Weight
Untuk yang masih mencari-cari cara untuk turunkan berat badan tanpa bantuan ubat-ubatan, di sini aku senaraikan beberapa tips.
1. Aku start research and study how to lose weight in a healthy way. Masa ni la aku belajar macam mana nak kira calorie intake. Yang ni major thing u need to learn kalo nak kurus. Blog yang banyak membantu adalah blog sususejat.
2. Calori counting. Aku buat log dalam Microsoft Excel berapa banyak calorie intake aku untuk satu-satu hari. Maknanya apa yang aku makan, aku akan catatkan. Even gula-gula seketul pun aku tak miss tulis. Sehari aku limitkan calorie intake aku 1200kcal sahaja. Macam mana nak tau berapa ko dah makan? Rajin-rajinkan lah study berapa calorie amount dalam satu-satu hidangan yang ko amek. Contoh makan tengahari aku slalunya nasi, ayam atau ikan goreng (ni kurang healthy tapi takde choice sebab makan kat kafe), dengan sayur bayam. Macam tu pun dah around 350-400kcal bergantung kepada saiz ikan atau ayam. Nasi selalunya sekali sehari je aku makan. Itupun dalam portion yang sangat kecik.
3. Untuk menjaga jumlah kalori yang aku amek, kebanyakan makanan aku masak sendiri. Sebab lagi senang kita nak measure berapa banyak minyak, santan, susu yang digunakan.
4. Jarang makan luar.
Awal-awal tu rasa susah sangat. Tapi bila dah biasa tu, ko tengok
makanan kat kedai pun dah tak lalu sebab membayangkan berapa banyak
minyak yang digunakan. Lagipun ko akan rasa sayang duit nak membeli
makanan luar sebab makan confirm tak habis punya.
5. Kurang minuman bersusu atau bergula. Besfren aku cukup kenal yang aku ni hantu teh ais. Pegi mana pun teh ais je yang aku order. Tapi bila dah diet tu, teh ais memang jarang-jarang dah aku order. Lama-lama aku tinggal terus sebab tekak dah tak boleh terima sangat dah.
Aku still minum manis tapi limit la. Pagi kalau kopi 3in1 tu aku bancuh separuh je. Susu gula memang dah tak tambah. Petang lagi separuh. Sebab kalo tak minum manis langsung aku rasa macam lemau ja badan ni. Pegi kedai memang aku jarang order air manis dah sebab nak pekena kopi di rumah. hahaha
6. Makan banyak kali tapi dalam portion yang kecik. Walaupun diet, janganla ko sampai berlapar tahap menggigil plak.Selalu pagi sebelum kelas aku akan makan. Balik kelas aku makan roti wholemeal kosong camtu. Tengahari nasik dengan lauk pauk. Petang aku dah makan malam dah. Malam kalo lapar sangat bancuh la susu sket. Pilihan aku susu Sunlac ataupun susu Skim Tesco.
7. Walaupun diet, makanan feveret tetap tak tinggal. Apa guna kurus kalo ko tak boleh makan sedap-sedap. Aku still makan KFC. Cuma kalo ko betul-betul nak kurus, kulit ayam tu takyahla makan. Minyak kalo boleh pedap-pedapkan dengan tisu. Sos tu kurangkan. Sebab tinggi sodium. Nanti dia menakung banyak air dalam badan. Tu yang punca gemuk air tu.
8. Air kosong memang tak boleh dinafikan sangat-sangat penting. Even aku keluar jenjalan pun mesti akan spare sebotol kecik drinking water dalam handbag.
9. Selain tu, cara aku, eat less carbs more protein. Lebihkan lauk-lauk dari nasik, roti, mee semua tu.
Itula sikit sebanyak yang aku ingat yang penah aku amalkan masa berdiet. Yang lain-lain ko kena rajin buat research. Pastu tak payah terpengaruh dengan segala ubat-ubat yang orang promot. Itu semua mengarut.
1. Aku start research and study how to lose weight in a healthy way. Masa ni la aku belajar macam mana nak kira calorie intake. Yang ni major thing u need to learn kalo nak kurus. Blog yang banyak membantu adalah blog sususejat.
2. Calori counting. Aku buat log dalam Microsoft Excel berapa banyak calorie intake aku untuk satu-satu hari. Maknanya apa yang aku makan, aku akan catatkan. Even gula-gula seketul pun aku tak miss tulis. Sehari aku limitkan calorie intake aku 1200kcal sahaja. Macam mana nak tau berapa ko dah makan? Rajin-rajinkan lah study berapa calorie amount dalam satu-satu hidangan yang ko amek. Contoh makan tengahari aku slalunya nasi, ayam atau ikan goreng (ni kurang healthy tapi takde choice sebab makan kat kafe), dengan sayur bayam. Macam tu pun dah around 350-400kcal bergantung kepada saiz ikan atau ayam. Nasi selalunya sekali sehari je aku makan. Itupun dalam portion yang sangat kecik.
3. Untuk menjaga jumlah kalori yang aku amek, kebanyakan makanan aku masak sendiri. Sebab lagi senang kita nak measure berapa banyak minyak, santan, susu yang digunakan.
![]() |
Sila hindari junk food kalo nak kurus. |
5. Kurang minuman bersusu atau bergula. Besfren aku cukup kenal yang aku ni hantu teh ais. Pegi mana pun teh ais je yang aku order. Tapi bila dah diet tu, teh ais memang jarang-jarang dah aku order. Lama-lama aku tinggal terus sebab tekak dah tak boleh terima sangat dah.
![]() |
Dulu aku cukup pantang dengan air ni. Pantang jumpa. Zaman degree sehari mau 3bungkus atleast. |
6. Makan banyak kali tapi dalam portion yang kecik. Walaupun diet, janganla ko sampai berlapar tahap menggigil plak.Selalu pagi sebelum kelas aku akan makan. Balik kelas aku makan roti wholemeal kosong camtu. Tengahari nasik dengan lauk pauk. Petang aku dah makan malam dah. Malam kalo lapar sangat bancuh la susu sket. Pilihan aku susu Sunlac ataupun susu Skim Tesco.
7. Walaupun diet, makanan feveret tetap tak tinggal. Apa guna kurus kalo ko tak boleh makan sedap-sedap. Aku still makan KFC. Cuma kalo ko betul-betul nak kurus, kulit ayam tu takyahla makan. Minyak kalo boleh pedap-pedapkan dengan tisu. Sos tu kurangkan. Sebab tinggi sodium. Nanti dia menakung banyak air dalam badan. Tu yang punca gemuk air tu.
8. Air kosong memang tak boleh dinafikan sangat-sangat penting. Even aku keluar jenjalan pun mesti akan spare sebotol kecik drinking water dalam handbag.
9. Selain tu, cara aku, eat less carbs more protein. Lebihkan lauk-lauk dari nasik, roti, mee semua tu.
Itula sikit sebanyak yang aku ingat yang penah aku amalkan masa berdiet. Yang lain-lain ko kena rajin buat research. Pastu tak payah terpengaruh dengan segala ubat-ubat yang orang promot. Itu semua mengarut.
Nak kurus?
Kali ni aku nak ceritakan bagaimana aku boleh turunkan berat dari 58kg (paling berat dalam sejarah hidup) kepada 46kg (bukan paling ringan dalam sejarah..hehe).
Seingat aku berat aku mencecah 58kg masa tahun 2007-2008. Previously berat aku cuma around 48kg saja masa aku start buat first degree. Masuk je tahun 2 berat aku dah naik sikit demi sikit. Tapi memang aku ignore je sebab masih perasan kurus. Lagipun masa tu jarang-jarang pegi pijak weighing scale jadi masih tak sedar diri. Then bila dah sedar seluar makin ketat, baju pun dah tak selesa pakai, boifren (masa tu la) pun dah tegur, baru aku tau aku dah gemuk... Huwaaa.
Tapi masa tu tak bijak lagi. Haram tak tau apa itu calorie intake. Hari-hari berazam diet. Pegi joging ala kadar. Makan macam biasa jugak. Tapi aku start habiskan duit dengan slimming pills. Masa tu kawan sekuliah promote kata pil ni berkesan. Sebab memang ada budak kuliah kitorang yang kurus amek pil tu. Tak payahla aku expose apa ke nama pil tu. Company tu ada gak produce detox tea. Tapi aku silap. Melantak serupa jin. Pastu harapkan kurus dengan ubat. Memang la tak jalan. Masa ni berat around 54-55 kg.
Habis degree, kenaikan berat memang seiring dengan peningkatan usia. Menangis dalam hati tengok gambar-gambar lama masa masih slim. Azam nak kurus masih tersemat di hati. Kah kah kah..
Start aku kerja guru sandaran, mungkin dah cerdik sket. Aku dah jaga makan dah. Turunla jugak 2-3 kilo. Tahun 2012, berat aku around 53-54 kg. Dengan tinggi 158cm. BMI memang ok dah. Cuma aku ni memang dasar manusia tak reti berpuas hati.
So aku cabar diri untuk turunkan lagi berat. Memang aku tak gunakan sebarang ubat-ubatan, susu kurus beratus-ratus ringgit atau pun apa-apa shake. Aku nak buktikan, hanya dengan mengamalkan pemakanan yang betul je ko dah boleh dapat berat badan idaman.
Aku set goal sikit demi sikit. Means that dalam sebulan aku target untuk turun 2kg saja. Maknanya seminggu cuma 500g. Dari research yang aku buat, penurunan kalo terlalu mendadak tak akan kekal. Apa yang aku buat? Yang itu aku cerita dalam next entry.
![]() |
Ofkos bukan gambar aku. Kegilaan apakah aku nak tunjuk perut sendiri dalam blog. |

Friday, 24 May 2013
Demam Bollywood
Poyo je tajuk.. Aku takdela minat sangat Bollywood@Hindustan ni.. Tapi malam ni laptop ni asyik membunyikan lagu-lagu Hindustan je.. Penangan anak murid la ni..
Malam ni dah macam tribute untuk Shah Rukh Khan dah.. Ada sorang anak murid aku ni.. Saja la borak-borak.. Pastu dia bukak cerita pasal Hindustan ni.. Barula aku tau hero Malaya nan seorang ni peminat Hindustan.. Dalam kepala otak aku ni, Hindustan=romantik.. Hipotesis aku cipta sendiri ja ni based on pengalaman yang ada... Tapi memang telahan aku tak salah pun..
Anyway cerita pasal Shah Rukh Khan.. aku start minat SRK ni masa cerita Kuch kuch Hota Hai tengah meletup.. Masa tu kat sekolah (aku Form 3 rasanya), semua orang pun bercakap pasal cerita ni.. Tapi aku.. isk isk.. sadis ni.. tak pernah tengok lagi cerita tu.. Zaman ni kat umah aku takde lagi VCD player ke tape player ke.. so memang banyak cerita aku ketinggalan.
One day, aku join camping anjuran kawasan perumahan aku ni.. Hehe kenangan mengusik jiwa betulla kalau bukak cerita kenangan lama ni.. Camping suka-suka je ni.. Buat di Pantai Merdeka.. Familiar tak nama pantai ni? nama lagu tu.. ok. dah nama pun camping suka-suka makanya program memang bebas.. Malam tu pakat tak boleh tido.. Ada plak yang bawak vcd player dengan tv.. Diorang la yang pasang Kuch-kuch Hota Hai.. aku yang dok bergolek dalam khemah masa tu dengar sayup-sayup je.. tanpa melengahkan masa terus terpacak depan tv la pastu.. Dalam hati masa tu "Ohh..ni la cerita yang orang duk cakap-cakap tu.." Perasaan nak tengok tu kuat sebab cakap-cakap orang je.. tapi seriously tak nyesal la malam tu bersengkang mata layan.. sebab memang best pun.. Lepas tu yang aku rasa nak follow sangat SRK ni..

Sumber: Google
Cute je tiga-tiga orang ni masa ni
Tapi sekarang kalo ditanya adakah aku masih angau kan Shah Rukh Khan ni. Adalah rasanya sikit-sikit. haha. Sekarang kan zaman K-drama dengan J-dorama. Aku banyak mentelaah movie dan drama Korea dengan Jepun je skarang ni. Yang tu deserve special entry la untuk aku ceritakan.

Sambutan Hari Guru
Actually nak cerita pasal sambutan kat sekolah aku ni.. Tapi macam tak ada apa yang menarik sangat nak diceritakan.. Nak-nak pulak seminggu sebelum tu aku dah membizi dengan budak-budak.. Rasa macam tak diraikan tapi lebih kepada meraikan orang lain..
Posing sebelum diarak masuk. |
Masa cikgu-cikgu lain tengah membacakan ikrar, kitorang cikgu-cikgu praktikal sibuk dengan hal belakang tabir.. Tapi sempat la lari kejap.. sebab rasa sayang plak kalo tak join sekaki.. Kami bertiga sebenarnya in charge bahagian persembahan student.. Huwaaa nak nangis kalo pikir kan penatnya.. Dengan sound system problem.. Cd lagu tak boleh run.. Mic kejap berbunyi kejap tak.. Yela semua keja nak last minit kan..
Pecaya ke tak kitorang takde buat rehearsel ke apa langsung pun..main jalan je semua.. Boleh bayangkan tak untuk persembahan pentomin, budak-budak dah naik ke pentas berlakon satu babak.. sekali muzik tak boleh play... terpaksa panggil diorang turun..Isk isk..Terpaksa la member aku lari pegi amek laptop dekat bilik guru.. Terpaksa atur persembahan yang lain plak untuk naik ke pentas..
Tu belum lagi kes nak melayan permintaan cikgu nan seorang ni lagi.. Last minit hantar kumpulan persembahan tapi cd lagu apa pun tak ada.. Dah masa praktis, bebudak dia datang cari aku jugak untuk pinjam laptop nak play lagu.. Takpela layankan jela selagi boleh.. Yela kang kata aku ni racist plak.. Sebab untuk persembahan hari guru ni, kami cikgu praktikal handle 3 kumpulan. Satu kumpulan tarian, pentomin dengan nyanyian.
Apa-apa pun penghujungnya memang kami tersenyum bangga plus gembira.. Walaupun banyak cacat cela, at least kami berjaya membimbing anak-anak murid untuk menghasilkan persembahan yang terbaik di mata kami. Memang tak sia-sia sebab saat keputusan diumumkan, kumpulan pentomin diumumkan sebagai juara persembahan, tarian tempat ketiga manakala yang nyanyian tempat keempat. Kembang kempis hidung ni saat mc mengumumkan kemenangan. Bebudak dah terloncat-loncat suka. Yela rezeki yang tak disangka-sangka.
Idea untuk pentomin pun memang tercipta last minute. Latihan hanya bermula dua hari sebelum persembahan. Dan tak ketinggalan, pembaca skrip boleh kehilangan skrip saat persembahan dilakukan. Itu belum lagi saat moral bebudak down sebab persembahan diorang masa pemilihan seolah-olah tak dihiraukan. Cikgu yang terlibat dalam pemilihan tu tak kata sepatah apa pun. Terpilih atau tidak.. aku pun masa tu terasa jugak di hati.. tapi cepat-cepat pujuk diorang dengan bermacam alasan yang aku rasakan relevan. Alhamdulillah dengan semangat yang ada pada my students, diorang berjaya akhirnya.
Team pentomin tengah praktis |
Ni part lagu bunyi gitar. So yang pegang penyapu tu berangan main gitar la tu.. |
Team tarian. Hampir sebulan jugak team ni praktis. Tapi rezeki lebih menyebelahi team pentomin. But u guys still rock.. |
Hari guru dengan hadiah memang sinonim dah. Cikgu-cikgu ni memang tak mintak pun diberi hadiah-hadiah ni. Tapi setahun sekali bila diberi penghargaan berbentuk material, hati siapa tak berbunga. Alhamdulillah tahun ni seperti jugak tahun aku bergelar GSTT, my students masih sudi memberi penghargaan kepada cikgu diorang ni.. Walaupun hadiah yang diterima nilai nya tidak tinggi di mata orang lain, di mata cikgu, hadiah korang la yang paling mahal pernah cikgu terima. Aku dah khaskan sebuah almari untuk hadiah-hadiah my student je. Gambar takdela plak. Kang dikatakan menunjuk-nunjuk plak.
Anyways, walaupun hari guru disambut secara sederhana je di sekolah ini. Yakni sambutan bermula selepas waktu rehat. Hari guru tahun ni tetap menyimpan seribu satu kenangan buat aku dan kawan-kawan seangkatan. Hopefully akan terus diberi kesempatan untuk terus menyemai bakti mendidik anak-anak bangsa walau di mana jua aku ditempatkan pada masa mendatang.
Friday, 10 May 2013
Review Iron Man 3
Disclaimer: Review ni dibuat berdasarkan pengalaman aku sebagai penonton semata-mata.
Just saw this movie in GSC Amanjaya Mall and one thing I could say is 'SUPERB'. Since aku pegi tengok movie ni with no high expectation, pada aku movie ni berjaya membuatkan aku rasa tak rugi aku spend duit tengok movie ni..
Iron Man 3 actually kesinambungan kepada apa yang berlaku kepada Tony Stark lepas serangan makhluk asing dari The Avengers. Kalo yang tak tengok The Avengers mungkin tak pahamla bila Tony sebut pasal kejadian New York. Tony ni sebenarnya trauma lepas serangan tu so awal-awal cerita ditunjukkan macam mana Tony ni menghabiskan masanya yang tak boleh tido duk buat suit-suit iron man dia tu sebagai hobi. Orang billionaire.. Hobi pun bukan calang-calang la kan.
Apa yang buatkan aku rasa movie ni best sebab walaupun Iron Man is an action movie,dia banyak selitkan funny scenes.
Cerita seterusnya rasanya lebih afdal kalo korang pergi tengok sendiri. Sebab memang best. Memang aku recommend sangat movie ni. Aku pun rasa macam nak repeat lagi sekali. Tak puas tengok Tony Stark dengan lawak dia tu.. Untuk movie ni aku bagi 5 dari 5 bintang..

Tony Stark and his suits
Happy Hogan. ketua sekuriti Tony Stark.. Dia ni pun kelakar. Asal ada scene dia je mesti gelak punya.
Watak villain dalam cerita ni namanya Mandarin. Mandarin dalam cerita ni ada twistnya. Kena tengok kalo nak tau. One day si Happy ni koma sebab terkena letupan angkara si Mandarin. Tony ni bengang pastu cabar Mandarin siap bagi alamat umah dia masa interview dengan reporters.
Tak payah tunggu lama. Mandarin hantar anak-anak buah dia pegi serang rumah Tony Stark. Sampai tinggal tapak je dia kerjakan. Lepas insiden ni semua orang ingat Tony Stark@Iron Man dah mati.
Cerita seterusnya rasanya lebih afdal kalo korang pergi tengok sendiri. Sebab memang best. Memang aku recommend sangat movie ni. Aku pun rasa macam nak repeat lagi sekali. Tak puas tengok Tony Stark dengan lawak dia tu.. Untuk movie ni aku bagi 5 dari 5 bintang..
Tentang posting, tentang perasaan dan tentang makan...
Semakin menghampiri penghujung praktikum ni,semakin berdebar plak rasa.. Hari2 isu posting dibangkitkan.. Yela sape taknak jawatan tetap ye tak.. walaupun geng DPLI sebelum ni blum lagi dipostingkan, tapi dengar kabarnya, kitorang student DPLI GSTT ni tak perlu tunggu lama lagi untuk dipostingkan.. harap berita yang orang kabarkan tu betulla..
Minggu ni sebenarnya emosi aku banyak turun naik.. Banyak isu yang membuatkan aku down.. Nak-nak ari khamis.. apesal tah asal ari khamis je aku stress.. orang lain ari khamis la happy pasal dah nak cuti esoknya..hehe.. Aku ni kalo stress suka makan.. Balik je skolah terus tuju KFC..beli barang 3ketul ayam.. balik umah makan sambil ngadap cita Hongkong kat 8tv.. Arini layan lagi makan fastfood.. Kena paw dengan adik aku makan McD plak.. Pastu tetiba rasa nak tengok wayang.. Layan ar Iron Man sambil ngunyah pop corn.. Esok kang gemok sendiri mau ingat je la... dah makan tak sedar diri..
Rajin nanti kang aku ingat nak buat review pasal Iron Man 3 ni.. Malam-malam sket la aku karang.. Skang nak layan Candy Crush dulu..hihi..bye..
Saturday, 4 May 2013
Second and last observation
Alhamdulillah hari khamis haritu merupakan hari terakhir pensyarah datang observe.. leganya rasa.. kurang dah satu beban yang nak ditanggung.. terus rasa dah tak nak tulis rph dah.. eh buat yang tak tau..observe ni penting untuk cikgu yang tengah praktikum..since pensyarah yang akan buat penilaian pengajaran kita.. tapi markah of course bukan sepenuhnya dari pensyarah.. guru pembimbing pun menyumbang jugak. tapi yang tu tak risau sangat..boleh kawtim...hehe
Antara tips yang pensyarah aku tekankan:
- Kena banyak terapkan higher order thinking skills dalam pengajaran.. maknanya kena banyakkan aktiviti yang melibatkan pelajar menganalisis, mengsintesis dan menilai..
Aku amek contoh subjek aku je la kan senang.. aritu aku mengajar tajuk Etika Makan.. so aku kena banyakkan soalan di mana jawapannya memerlukan pelajar berfikir sendiri..xde dalam buku teks..
Contohnya: Suruh pelajar buat perbandingan cara makan mereka di rumah dengan cara makan di rumah orang lain(rumah saudara atau rumah kawan).. Di sini aspek analisis dah digunapakai.. Lepas tu suruh pelajar buat pilihan dan nyatakan sebab di mana cara makan yang lebih baik telah diamalkan.. Di sini aspek penilaian pulak diterapkan..
- Guru kena kurangkan bercakap. Maksudnya student-oriented learning. Pembelajaran berpusatkan murid.
Yang ni memang diakui kaedah pengajaran yang sangat ditekankan oleh mana-mana lecturer pun.. Tapi sebenarnya banyak jugak pros and cons nya.. Kita sebagai cikgu memang dah sinonim dengan banyak bercakap sebnarnya.. Walaupun dah plan aktiviti berpusatkan murid, cikgu ni memang dah tak boleh nak tutup mulut kot..hahaha.. nak jugak tambah-tambah..
- Lepas tu kawalan kelas masa aktiviti perbincangan murid.
Ok yang ni kalo nak bertikai memang aku kira nak menang jela.. Pada aku kalo dah nama discussion, kita tak boleh nak suruh murid discuss slow-slow.. lagipun masa aku kat UPSI aritu pun pensyarah aku penah cakap, takpe kalo pelajar bising sket masa aktiviti discussion.. itu normal..
Tu antara beberapa yang aku ingat untuk aku share dalam blog ni.. Apa-apa pun untuk plan kaedah pengajaran ni takdelah sesusah nak praktikkannya..sebab cikgu ni berhadapan dengan manusia yang banyak ragamnya..kena mood diorang baik..baiklah perjalanan sepanjang kelas tu.. Tapi dengan nasihat pensyarah penyelia, guru pembimbing dan guru-guru lain, besar la harapan supaya aku dapat jadi guru yang lebih berkesan.. Insyaallah..
Friday, 19 April 2013
Kehilangan...
Assalamualaikum.. pagi-pagi sabtu ni terasa nak meluahkan perasaan dalam ni..aku hilang ayat nak mulakan cerita ni..sesungguhnya memang Allah akan sentiasa menguji hambanya dengan pelbagai jenis ujian.. aku pun tak termiss di mana kali ni aku diuji dengan kehilangan dompet aku..
aku redha.. itu kata mulutku.. di hatiku sendiri aku tak tau apa yang tersirat.. nak menangis? isk tak dela rasa sedih sebegitu.. nak marah? entah nak marahkan siapa..
sebenarnya aku hilang purse tu di sekolah.. kecurian.. suspect? mungkin pelajar sekolah jugak.. hmmm.. aku pun salah.. lalai... boleh pulak pegi tinggalkan purse dalam bilik guru masa pegi kelas..padahal tau..budak-budak ni slalu keluar masuk bilik guru..tapi entahla..dah benda nak jadi kan..dah tu aku sedar benda hilang exactly lepas tamat waktu sekolah..makanya tak sempat la nak buat spot check ke ape ke..
balik sekolah masa tengah drive aku banyak mengelamun..orang kata muhasabah diri eh?hehe.. mungkin ada silap aku di mana-mana.. antara aku sedar dengan tak.. jadi Allah cuba mengingatkan aku..
'Aduh tak dapat la beli tiket wayang diskaun'.. tu first thing yang aku teringat masa aku sedar purse aku dah hilang... haha lagha sungguh aku ni.. sebab aku letak kat matrik aku dalam purse tu... lepas tu baru aku pikirkan kad debit aku.. dan dan tu jugak aku mintak no fon bank dengan membe aku..sebab nak cancel kad tu.. duit?tak banyak dalam tu sebab aku baru je spend untuk bayar bil telefon dan broadband...so takdela ralat sangat... takpela aku halalkan je duit tu.. bukan rezeki aku la tu..
apa pun sebenarnya aku harap sangat boleh dapat balik isi dalam purse tu..macam-macam khazanah aku simpan dalam tu.. ic, lesen, kad-kad atm, kad matrik zaman ukm dengan upsi, kad-kad keahlian apa tah lagi, gambar-gambar... sayang sangat kalo dibakul sampahkan benda-benda tu semua..yela orang nak amek pun buat ape kan? makanya aku pun ikhtiarkan la nak dapatkan balik purse tu..
member-member sepraktikum memang membantu sangat.. diorang tolong aku geledah tong-tong sampah area sekolah ni nak cari purse aku tu.. yela mungkin lepas dia amek duit dalam tu, dia buang purse aku tu kan... tapi tak berhasil..masa tu otak aku memang ligat berfikir..nak ikhtiar cara lain pulak..aku tergerak hati nak tanya kakak ipar aku..
sampai rumah aritu aku mintak mak aku contact kak ipar aku..tolong tanyakan mana tau dia kenal sape2 yang boleh tolong tengok-tengok..paham kan?aku nak ikhtiar cara alternatif.. kebetulan jugak kak ipar kenal someone yang boleh tolong ni.. so malam tu lepas maghrib kitorang terus gerak pegi jumpa orangnya.. muda lagi.. sebaya aku.. rezeki jugak malam tu dia ada di rumah.. dia gunakan kaedah solat hajat untuk tolong aku ni.. kalo masih rezeki aku dengan purse tu, Insyaallah dia akan pulangkan balik.. aku pun ikhtiar jugak solat hajat dan berdoa.. sekarang ni yang boleh buat cuma tunggu saja.. kalau Allah tetapkan aku bukan pemilik purse tu lagi, takpela.. semoga Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi.. Insyaallah.. aku yakin dengan Dia..
ok apa-apa berita nanti aku update lagi..cau cin cau..

Friday, 12 April 2013
Praktikum week 7
Assalamualaikum..
Dah 7 minggu aku menjalani hidup sebagai guru praktikum..ada pahit..ada manis... yang pahit tak payah dok ingat la kan..kita kenang yang manis sudah..sepanjang 7 minggu ni, baru sekali pensyarah datang observe..guru pembimbing pun baru sekali..alhamdulillah feedback baik je..tp biasa la mesti kena ada penambahbaikan jugak..takkan dah master dalam beberapa minggu ni je kan..murid-murid pun terima kedatangan kami dgn baik..seronok layan budak budak ni ha..macam-macam ragam..confirm nnt akan rindu kan diorang..huhu..
ada lagi 9 minggu je lagi kitorang akan praktikum kat sini..kejap je rasa..boleh tak nak sambung ngajar sini je..nak sambung jadi cikgu ganti pun, xde plak cikgu yang menunggu hari nak bersalin ke ape ke..tapi dengar-dengar macam ada je cikgu yang akan bersalin dalam tahun ni..hehe..itupun rasanya kena tunggu 6-7 bulan lagi kot..
anyway isu terhangat skarang ni ofkos la tentang posting..macam-macam spekulasi dah skang ni..ada yang kata tahun ni..yang menambahkan kegusaran tu, ada yang kata next year baru leh posting..huhu..berita sahih nye kita tunggu jela..abes praktikum kena start buat part time dulu ar..kang nak bayar keta dengan apa plak..hopefully semua urusan posting dipermudahkanNya..lagipun rezeki ni kan dari Dia jugak..antara cepat dengan lambat je Dia nak bagi..lepas tu baru kita pikir hal kawen plak..ehehe..ok daaa...
eh nak share sket gambar sepanjang 7 minggu praktikum ni..

tengah prepare gimik untuk pelancaran Minggu Anti Dadah peringkat sekolah |
pertandingan memasak Persatuan Kemahiran Hidup. yang ni tengah prepare salad kentang rasanya.. |
kitorang sebagai juri..hehe..syok ble makan macam-macam |
dah rasa kena bagi markah la kan |
kendian bolehla lepak makan sekenyang-kenyangnya..seriously sendat perut..masakan diorang mmg boleh tahan k.. |
Sunday, 17 February 2013
Praktikum Day 1
Salam..
Arini aku mulakan tugas sebagai cikgu pelatih..Balik sekolah lama..sekolah tempat aku penah berkhidmat dulu..
Cikgu-cikgu lama bising je kitorang sanggup datang sekolah tu..padahal diorang tunggu masa nak blah dari situ..
aku praktikum dengan sorang lagi kawan dari UPSI..membe aku tu pun sama-sama GSTT skali di sekolah tu..
sebab utama aku sanggup masuk skolah tu sbb guru penolong kanan yang sangat kool..skali time kitorang masuk ni dia dah tukar sekolah lain..
Arini mmg takde buat ape pun..jadual pun tak dapat lagi..PK petang suruh kitorang masuk je observe cikgu-cikgu lain mengajar..
Adala satu kelas je kitorang pegi observe..Lepas tu pegi makan dan solat zohor..then balik bilik guru lepak-lepak je..
Awal-awal tu nerves la jugak..padahal bukan tak biasa mengajar pun..tp entah..nak tune balik dari student kepada cikgu tu yg susah..
Tapi bila dah masuk kelas masa pegi observe tu dah boleh la adapt..untuk subjek KH,kelas mmg dah bahagi ikut elektif.. so klas untuk di handle takla besar sgt..
Esok maybe dah kena masuk klas..tp takdela nak terus ajar since kitorang tak prepare pape pun lagi..ice breaking je..ice breaking pening jugak pikir nak buat apa..takpe spontan jela..hehe
ok wish me luck untuk hari-hari esok..harap aku berjaya buat yang terbaik untuk latihan mengajar ni..

Saturday, 9 February 2013
Goodbye bachelorhood
Hari ini atau lebih tepat lagi semalam kawan baikku ini harus mengucapkan selamat tinggal kepada dunia perbujangan(wujud ke istilah ni?).. maka hilang la sorang lagi team member kelab bujang ni.. sedih pulak rasanya.. tapi apa-apa pun i'm so happy for you my friend..
Sahabat ku ini ku kenali sewaktu zaman minah kilang 2 tahun dulu.. first interview aku dulu, my x-CEO assign dia bawak aku jenjalan dalam kawasan kilang.. bagi short briefing.. first impression? terkagum aku tengok dia ni.. sebabnya cun sangat.. dan lemah lembut.. dan baikkkk sangat..masa tu siap tanam dalam hati, kalau dapat keja ni, memang aku cari dia dulu la.. Termakbul jugak doa aku.. Lepas diterima bekerja, kitorang memang keja dalam satu department yang sama.. Dia la yang banyak sangat tolong aku..
Mengenali sahabat ini kalo boleh aku rumuskan memang antara yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku.. dia ni memang baik sungguh la.. anak mithali, sahabat mithali dan aku percaya mampu jugak jadi isteri mithali.. sepanjang aku kenal dia ni, kalo nak suruh aku namakan kekurangan dia, memang aku tak jumpa.. bukan nak kata sempurna tapi mungkin juga kekurangan tu terlalu kecik berbanding dengan kelebihan yang dia ada.. ok ada satu kekurangan dia, dia tak reti nak cakap NO kat orang.. oleh itu selalu kena buli..hehe..
Oh my.. Kesian okey.. Selalu sangat kena buli dengan bos-bos.. Tiap-tiap hari balik keja lambat sebab bos tak bagi balik lagi.. Padahal kadang-kadang tu dah takde keja sangat pun.. Aku being a superhero, memang takde la nak biar lagi dia kena buli.. Lepas je aku masuk keja situ memang memanjang aku paksa dia balik skali dengan aku lepas abes waktu keja..Bos jeling pun aku buat tak nampak je.. kadang-kadang saja je aku cakap kuat-kuat ajak kawanku ni balik.. Mesti masa tu bos aku hangin je ngan aku...hahaha.. Bila diingat balik kenangan zaman minah kilang ni, boleh buat aku tersenyum jugak walaupun realiti nya takdela aku happy sangat pun kat situ..tapi yela..pengalaman tu jugakla yang mengajar aku..mana ada keja yang tak stress..tp bila dah dikelilingi kawan-kawan yang baik ni, yang tak best pun jadi best..kawan-kawan ni la yang membakar semangat kita untuk lebih berusaha..
oh ye.. masa di kilang dulu, kitorang selalu dipanggil kembar..muka seiras katanya..padahal macam langit dengan bumi ye..dia dahla cun aku ni biasa-biasa saja.. Tapi maybe dah selalu berkepit kan.. tu yang orang nampak macam seiras tu.. Hmm panjang lagi sebenarnya kalo boleh aku karangkan pasal sahabat ku yang ini tapi cukupla sampai sini dulu.. Kepada kau sahabatku.. selamat pengantin baru..

Cun kan? macam artis youuu.. |
Kek Marble Pandan Kopi Rendah Lemak
Minggu ni saja dah 3 kali aku membaking. Ni second trial aku untuk kek marble yang aku adjust untuk dapatkan hasil yang kurang lemak. Keputusannya? Sedap..mak aku pun makan bertambah. Aku saja ubah resipi ni supaya dapat makan manisan tanpa rasa bersalah. Err mungkin ada sedikit rasa bersalah sebab aku tak try lagi bake kek fully tanpa lemak.
Sebelum ni aku dah try kek marble coklat dan vanilla dan kali ni aku try buat kek marble pandan dan kopi. Tapi rasa dan bau pandan tu lagi overshadow dari rasa dan bau kopi. Aku rasa maybe lepas ni aku kena cuba tambah coffee emulco dan kurangkan perasa pandan.
Resepi Kek Marble Pandan Kopi Rendah Lemak (Low Fat Pandan Coffee Marble Cake)
Size of servings: 12
Calorie perserving: 199 kcal
Ok ni senonoh sket. Tak rajin la plak aku nak amek gambar cantik. 2 keping kek ni kira 2 saiz hidangan ye. Aku makan satu je. Hehe. Sedap ohh makan panas-panas. Dengan aroma pandannya. Walaupun aku guna butter separuh saja untuk
Sebelum ni aku dah try kek marble coklat dan vanilla dan kali ni aku try buat kek marble pandan dan kopi. Tapi rasa dan bau pandan tu lagi overshadow dari rasa dan bau kopi. Aku rasa maybe lepas ni aku kena cuba tambah coffee emulco dan kurangkan perasa pandan.
Resepi Kek Marble Pandan Kopi Rendah Lemak (Low Fat Pandan Coffee Marble Cake)
Size of servings: 12
Calorie perserving: 199 kcal
Bahan
bahan:
115g
mentega+135g low fat yogurt
140g gula kaster
170g tepung gandum
1st baking powder
4 biji telur gred A
2sb susu skim+1/2 cwn air(boleh ganti dengan 2sb susu pekat)
1st serbuk kopi segera (larutkan dalam sedikit air)
140g gula kaster
170g tepung gandum
1st baking powder
4 biji telur gred A
2sb susu skim+1/2 cwn air(boleh ganti dengan 2sb susu pekat)
1st serbuk kopi segera (larutkan dalam sedikit air)
1st perasa pandan
Pewarna hijau secukupnya
Cara cara:
- Putar mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan yogurt. Pukul lagi sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan bancuhan susu skim dengan air.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
- Bahagi dua adunan. Satu adunan dicampurkan dengan larutan serbuk kopi segera. Satu adunan lagi dicampurkan dengan perasa pandan dan pewarna hijau.
- Tuang adunan ke dalam loyang secara selang seli. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak.
Hasilnya.. Buruk betul perangai tunjuk hasil yg dalam loyang je.
Thursday, 7 February 2013
Introduction
Setelah bertahun-tahun mengenali dunia blogging, i have decided to start my own blog. Segalanya bermula di sebuah cyber cafe di pekan kecil ini. Habis saja first degree, i'm still struggling finding a job. and since aku takde buat apa-apa masa tu, dalam tahun 2008, aku mula bekerja di sebuah cyber cafe. Kerja aku hari-hari menghadap pc saja. Seronok? For a few days yelah seronok.. Yela kat umah takde internet connection.. Tiba-tiba dapat pulak internet surfing for free berjam-jam tiap hari, layan ar jugak. Tapi kalau dah hari-hari, reti la jugak aku bosan.
So dari situ aku start kenal dunia blogging. Semua jenis blog aku explore. Blog ilmiah, masak-masak, fashion, diari kehidupan hari-hari. Paling enjoy bila baca blog blogger yang rajin bercerita tentang kehidupan seharian diorang. Aku tak tau orang lain, tapi bagi aku, bila aku baca blog cenggini, aku rasa pandangan aku lebih luas. Aku berpeluang belajar banyak benda. Masa tu blog yang aku follow dan still follow sampai sekarang macam blog Peejburhan, Ceeramoon, Sepet, Viruspadu.. Eh banyak lagila. Setiap blogger yang aku follow ni ada lifestyle dan cara penceritaan diorang sendiri. Aku suka je baca takdela pulak hati nak buat blog sendiri. Sampaila ke hari ini. Baru dapat hidayah agaknya nak mula blogging.
Aku rasa cukupla kot sampai sini sebagai permulaan. Mudahan aku diberi kerajinan selepas ni untuk bercerita dalam blog ni.. Bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)