Friday, 19 April 2013

Kehilangan...

Assalamualaikum.. pagi-pagi sabtu ni terasa nak meluahkan perasaan dalam ni..aku hilang ayat nak mulakan cerita ni..sesungguhnya memang Allah akan sentiasa menguji hambanya dengan pelbagai jenis ujian.. aku pun tak termiss di mana kali ni aku diuji dengan kehilangan dompet aku..

aku redha.. itu kata mulutku.. di hatiku sendiri aku tak tau apa yang tersirat.. nak menangis? isk tak dela rasa sedih sebegitu.. nak marah? entah nak marahkan siapa..

sebenarnya aku hilang purse tu di sekolah.. kecurian..  suspect? mungkin pelajar sekolah jugak.. hmmm.. aku pun salah.. lalai... boleh pulak pegi tinggalkan purse dalam bilik guru masa pegi kelas..padahal tau..budak-budak ni slalu keluar masuk bilik guru..tapi entahla..dah benda nak jadi kan..dah tu aku sedar benda hilang exactly lepas tamat waktu sekolah..makanya tak sempat la nak buat spot check ke ape ke..

balik sekolah masa tengah drive aku banyak mengelamun..orang kata muhasabah diri eh?hehe.. mungkin ada silap aku di mana-mana.. antara aku sedar dengan tak.. jadi Allah cuba mengingatkan aku..

'Aduh tak dapat la beli tiket wayang diskaun'.. tu first thing yang aku teringat masa aku sedar purse aku dah hilang... haha lagha sungguh aku ni.. sebab aku letak kat matrik aku dalam purse tu... lepas tu baru aku pikirkan kad debit aku.. dan dan tu jugak aku mintak no fon bank dengan membe aku..sebab nak cancel kad tu.. duit?tak banyak dalam tu sebab aku baru je spend untuk bayar bil telefon dan broadband...so takdela ralat sangat... takpela aku halalkan je duit tu.. bukan rezeki aku la tu..

apa pun sebenarnya aku harap sangat boleh dapat balik isi dalam purse tu..macam-macam khazanah aku simpan dalam tu.. ic, lesen, kad-kad atm, kad matrik zaman ukm dengan upsi, kad-kad keahlian apa tah lagi, gambar-gambar... sayang sangat kalo dibakul sampahkan benda-benda tu semua..yela orang nak amek pun buat ape kan? makanya aku pun ikhtiarkan la nak dapatkan balik purse tu..

member-member sepraktikum memang membantu sangat.. diorang tolong aku geledah tong-tong sampah area sekolah ni nak cari purse aku tu.. yela mungkin lepas dia amek duit dalam tu, dia buang purse aku tu kan... tapi tak berhasil..masa tu otak aku memang ligat berfikir..nak ikhtiar cara  lain pulak..aku tergerak hati nak tanya kakak ipar aku..

sampai rumah aritu aku mintak mak aku contact kak ipar aku..tolong tanyakan mana tau dia kenal sape2 yang boleh tolong tengok-tengok..paham kan?aku nak ikhtiar cara alternatif.. kebetulan jugak kak ipar kenal someone yang boleh tolong ni.. so malam tu lepas maghrib kitorang terus gerak pegi jumpa orangnya.. muda lagi.. sebaya aku.. rezeki jugak malam tu dia ada di rumah.. dia gunakan kaedah solat hajat untuk tolong aku ni.. kalo masih rezeki aku dengan purse tu, Insyaallah dia akan pulangkan balik.. aku pun ikhtiar jugak solat hajat dan berdoa.. sekarang ni yang boleh buat cuma tunggu saja.. kalau Allah tetapkan aku bukan pemilik purse tu lagi, takpela.. semoga Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi.. Insyaallah.. aku yakin dengan Dia..

ok apa-apa berita nanti aku update lagi..cau cin cau..

1 comment:

  1. Play casino online - jtmhub.com
    Join in on 원주 출장샵 the action, win REAL money with no need to 울산광역 출장샵 register, 공주 출장샵 and you can win real money playing with friends, without the 삼척 출장안마 need 인천광역 출장안마 to register!

    ReplyDelete