Tuesday, 28 May 2013

How I Lose Weight

 Untuk yang masih mencari-cari cara untuk turunkan berat badan tanpa bantuan ubat-ubatan, di sini aku senaraikan beberapa tips.


1. Aku start research and study how to lose weight in a healthy way. Masa ni la aku belajar macam mana nak kira calorie intake. Yang ni major thing u need to learn kalo nak kurus. Blog yang banyak membantu adalah blog sususejat.

2. Calori counting. Aku buat log dalam Microsoft Excel berapa banyak calorie intake aku untuk satu-satu hari. Maknanya apa yang aku makan, aku akan catatkan. Even gula-gula seketul pun aku tak miss tulis. Sehari aku limitkan calorie intake aku 1200kcal sahaja. Macam mana nak tau berapa ko dah makan? Rajin-rajinkan lah study berapa calorie amount dalam satu-satu hidangan yang ko amek. Contoh makan tengahari aku slalunya nasi, ayam atau ikan goreng (ni kurang healthy tapi takde choice sebab makan kat kafe), dengan sayur bayam. Macam tu pun dah around 350-400kcal bergantung kepada saiz ikan atau ayam. Nasi selalunya sekali sehari je aku makan. Itupun dalam portion yang sangat kecik.

3. Untuk menjaga jumlah kalori yang aku amek, kebanyakan makanan aku masak sendiri. Sebab lagi senang kita nak measure berapa banyak minyak, santan, susu yang digunakan.

Sila hindari junk food kalo nak kurus.
4. Jarang makan luar. Awal-awal tu rasa susah sangat. Tapi bila dah biasa tu, ko tengok makanan kat kedai pun dah tak lalu sebab membayangkan berapa banyak minyak yang digunakan. Lagipun ko akan rasa sayang duit nak membeli makanan luar sebab makan confirm tak habis punya.

5. Kurang minuman bersusu atau bergula. Besfren aku cukup kenal yang aku ni hantu teh ais. Pegi mana pun teh ais je yang aku order. Tapi bila dah diet tu, teh ais memang jarang-jarang dah aku order. Lama-lama aku tinggal terus sebab tekak dah tak boleh terima sangat dah.
Dulu aku cukup pantang dengan air ni. Pantang jumpa. Zaman degree sehari mau 3bungkus atleast.
Aku still minum manis tapi limit la. Pagi kalau kopi 3in1 tu aku bancuh separuh je. Susu gula memang dah tak tambah. Petang lagi separuh. Sebab kalo tak minum manis langsung aku rasa macam lemau ja badan ni. Pegi kedai memang aku jarang order air manis dah sebab nak pekena kopi di rumah. hahaha

6. Makan banyak kali tapi dalam portion yang kecik. Walaupun diet, janganla ko sampai berlapar tahap menggigil plak.Selalu pagi sebelum kelas aku akan makan. Balik kelas aku makan roti wholemeal kosong camtu. Tengahari nasik dengan lauk pauk. Petang aku dah makan malam dah. Malam kalo lapar sangat bancuh la susu sket. Pilihan aku susu Sunlac ataupun susu Skim Tesco.

7. Walaupun diet, makanan feveret tetap tak tinggal. Apa guna kurus kalo ko tak boleh makan sedap-sedap. Aku still makan KFC. Cuma kalo ko betul-betul nak kurus, kulit ayam tu takyahla makan. Minyak kalo boleh pedap-pedapkan dengan tisu. Sos tu kurangkan. Sebab tinggi sodium. Nanti dia menakung banyak air dalam badan. Tu yang punca gemuk air tu.

8. Air kosong memang tak boleh dinafikan sangat-sangat penting. Even aku keluar jenjalan pun mesti akan spare sebotol kecik drinking water dalam handbag.

9. Selain tu, cara aku, eat less carbs more protein. Lebihkan lauk-lauk dari nasik, roti, mee semua tu.

Itula sikit sebanyak yang aku ingat yang penah aku amalkan masa berdiet. Yang lain-lain ko kena rajin buat research. Pastu tak payah terpengaruh dengan segala ubat-ubat yang orang promot. Itu semua mengarut.

Nak kurus?

Kali ni aku nak ceritakan bagaimana aku boleh turunkan berat dari 58kg (paling berat dalam sejarah hidup) kepada 46kg (bukan paling ringan dalam sejarah..hehe).

Ofkos bukan gambar aku. Kegilaan apakah aku nak tunjuk perut sendiri dalam blog.

Seingat aku berat aku mencecah 58kg masa tahun 2007-2008. Previously berat aku cuma around 48kg saja masa aku start buat first degree. Masuk je tahun 2 berat aku dah naik sikit demi sikit. Tapi memang aku ignore je sebab masih perasan kurus. Lagipun masa tu jarang-jarang pegi pijak weighing scale jadi masih tak sedar diri. Then bila dah sedar seluar makin ketat, baju pun dah tak selesa pakai, boifren (masa tu la) pun dah tegur, baru aku tau aku dah gemuk... Huwaaa.

Tapi masa tu tak bijak lagi. Haram tak tau apa itu calorie intake. Hari-hari berazam diet. Pegi joging ala kadar. Makan macam biasa jugak. Tapi aku start habiskan duit dengan slimming pills. Masa tu kawan sekuliah promote kata pil ni berkesan. Sebab memang ada budak kuliah kitorang yang kurus amek pil tu. Tak payahla aku expose apa ke nama pil tu. Company tu ada gak produce detox tea. Tapi aku silap. Melantak serupa jin. Pastu harapkan kurus dengan ubat. Memang la tak jalan. Masa ni berat around 54-55 kg.

Habis degree, kenaikan berat memang seiring dengan peningkatan usia. Menangis dalam hati tengok gambar-gambar lama masa masih slim. Azam nak kurus masih tersemat di hati. Kah kah kah..

Start aku kerja guru sandaran, mungkin dah cerdik sket. Aku dah jaga makan dah. Turunla jugak 2-3 kilo. Tahun 2012, berat aku around 53-54 kg. Dengan tinggi 158cm. BMI memang ok dah. Cuma aku ni memang dasar manusia tak reti berpuas hati.

So aku cabar diri untuk turunkan lagi berat. Memang aku tak gunakan sebarang ubat-ubatan, susu kurus beratus-ratus ringgit atau pun apa-apa shake. Aku nak buktikan, hanya dengan mengamalkan pemakanan yang betul je ko dah boleh dapat berat badan idaman.

Aku set goal sikit demi sikit. Means that dalam sebulan aku target untuk turun 2kg saja. Maknanya seminggu cuma 500g. Dari research yang aku buat, penurunan kalo terlalu mendadak tak akan kekal. Apa yang aku buat? Yang itu aku cerita dalam next entry.


Friday, 24 May 2013

Demam Bollywood

Poyo je tajuk.. Aku takdela minat sangat Bollywood@Hindustan ni.. Tapi malam ni laptop ni asyik membunyikan lagu-lagu Hindustan je.. Penangan anak murid la ni..

Malam ni dah macam tribute untuk Shah Rukh Khan dah.. Ada sorang anak murid aku ni.. Saja la borak-borak.. Pastu dia bukak cerita pasal Hindustan ni.. Barula aku tau hero Malaya nan seorang ni peminat Hindustan.. Dalam kepala otak aku ni, Hindustan=romantik.. Hipotesis aku cipta sendiri ja ni based on pengalaman yang ada... Tapi memang telahan aku tak salah pun..

Anyway cerita pasal Shah Rukh Khan.. aku start minat SRK ni masa cerita Kuch kuch Hota Hai tengah meletup.. Masa tu kat sekolah (aku Form 3 rasanya), semua orang pun bercakap pasal cerita ni.. Tapi aku.. isk isk.. sadis ni.. tak pernah tengok lagi cerita tu.. Zaman ni kat umah aku takde lagi VCD player ke tape player ke.. so memang banyak cerita aku ketinggalan.

One day, aku join camping anjuran kawasan perumahan aku ni.. Hehe kenangan mengusik jiwa betulla kalau bukak cerita kenangan lama ni.. Camping suka-suka je ni.. Buat di Pantai Merdeka.. Familiar tak nama pantai ni? nama lagu tu.. ok. dah nama pun camping suka-suka makanya program memang bebas.. Malam tu pakat tak boleh tido.. Ada plak yang bawak vcd player dengan tv.. Diorang la yang pasang Kuch-kuch Hota Hai.. aku yang dok bergolek dalam khemah masa tu dengar sayup-sayup je.. tanpa melengahkan masa terus terpacak depan tv la pastu.. Dalam hati masa tu "Ohh..ni la cerita yang orang duk cakap-cakap tu.." Perasaan nak tengok tu kuat sebab cakap-cakap orang je.. tapi seriously tak nyesal la malam tu bersengkang mata layan.. sebab memang best pun.. Lepas tu yang aku rasa nak follow sangat SRK ni..

 
Sumber: Google
Cute je tiga-tiga orang ni masa ni

Tapi sekarang kalo ditanya adakah aku masih angau kan Shah Rukh Khan ni. Adalah rasanya sikit-sikit. haha. Sekarang kan zaman K-drama dengan J-dorama. Aku banyak mentelaah movie dan drama Korea dengan Jepun je skarang ni. Yang tu deserve special entry la untuk aku ceritakan.


Sambutan Hari Guru

Actually nak cerita pasal sambutan kat sekolah aku ni.. Tapi macam tak ada apa yang menarik sangat nak diceritakan.. Nak-nak pulak seminggu sebelum tu aku dah membizi dengan budak-budak.. Rasa macam tak diraikan tapi lebih kepada meraikan orang lain..
Posing sebelum diarak masuk.

Masa cikgu-cikgu lain tengah membacakan ikrar, kitorang cikgu-cikgu praktikal sibuk dengan hal belakang tabir.. Tapi sempat la lari kejap.. sebab rasa sayang plak kalo tak join sekaki.. Kami bertiga sebenarnya in charge bahagian persembahan student.. Huwaaa nak nangis kalo pikir kan penatnya.. Dengan sound system problem.. Cd lagu tak boleh run.. Mic kejap berbunyi kejap tak.. Yela semua keja nak last minit kan..

Pecaya ke tak kitorang takde buat rehearsel ke apa langsung pun..main jalan je semua.. Boleh bayangkan tak untuk persembahan pentomin, budak-budak dah naik ke pentas berlakon satu babak.. sekali muzik tak boleh play... terpaksa panggil diorang turun..Isk isk..Terpaksa la member aku lari pegi amek laptop dekat bilik guru.. Terpaksa atur persembahan yang lain plak untuk naik ke pentas..

Tu belum lagi kes nak melayan permintaan cikgu nan seorang ni lagi.. Last minit hantar kumpulan persembahan tapi cd lagu apa pun tak ada.. Dah masa praktis, bebudak dia datang cari aku jugak untuk pinjam laptop nak play lagu.. Takpela layankan jela selagi boleh.. Yela kang kata aku ni racist plak.. Sebab untuk persembahan hari guru ni, kami cikgu praktikal handle 3 kumpulan. Satu kumpulan tarian, pentomin dengan nyanyian.

Apa-apa pun penghujungnya memang kami tersenyum bangga plus gembira.. Walaupun banyak cacat cela, at least kami berjaya membimbing anak-anak murid untuk menghasilkan persembahan yang terbaik di mata kami. Memang tak sia-sia sebab saat keputusan diumumkan, kumpulan pentomin diumumkan sebagai juara persembahan, tarian tempat ketiga manakala yang nyanyian tempat keempat. Kembang kempis hidung ni saat mc mengumumkan kemenangan. Bebudak dah terloncat-loncat suka. Yela rezeki yang tak disangka-sangka.

Idea untuk pentomin pun memang tercipta last minute. Latihan hanya bermula dua hari sebelum persembahan. Dan tak ketinggalan, pembaca skrip boleh kehilangan skrip saat persembahan dilakukan. Itu belum lagi saat moral bebudak down sebab persembahan diorang masa pemilihan seolah-olah tak dihiraukan. Cikgu yang terlibat dalam pemilihan tu tak kata sepatah apa pun. Terpilih atau tidak.. aku pun masa tu terasa jugak di hati.. tapi cepat-cepat pujuk diorang dengan bermacam alasan yang aku rasakan relevan. Alhamdulillah dengan semangat yang ada pada my students, diorang berjaya akhirnya.
Team pentomin tengah praktis
Ni part lagu bunyi gitar. So yang pegang penyapu tu berangan main gitar la tu..
Team tarian. Hampir sebulan jugak team ni praktis. Tapi rezeki lebih menyebelahi team pentomin. But u guys still rock..






 Hari guru dengan hadiah memang sinonim dah. Cikgu-cikgu ni memang tak mintak pun diberi hadiah-hadiah ni. Tapi setahun sekali bila diberi penghargaan berbentuk material, hati siapa tak berbunga. Alhamdulillah tahun ni seperti jugak tahun aku bergelar GSTT, my students masih sudi memberi penghargaan kepada cikgu diorang ni.. Walaupun hadiah yang diterima nilai nya tidak tinggi di mata orang lain, di mata cikgu, hadiah korang la yang paling mahal pernah cikgu terima. Aku dah khaskan sebuah almari untuk hadiah-hadiah my student je. Gambar takdela plak. Kang dikatakan menunjuk-nunjuk plak.

Anyways, walaupun hari guru disambut secara sederhana je di sekolah ini. Yakni sambutan bermula selepas waktu rehat. Hari guru tahun ni tetap menyimpan seribu satu kenangan buat aku dan kawan-kawan seangkatan. Hopefully akan terus diberi kesempatan untuk terus menyemai bakti mendidik anak-anak bangsa walau di mana jua aku ditempatkan pada masa mendatang.




Friday, 10 May 2013

Review Iron Man 3

Disclaimer: Review ni dibuat berdasarkan pengalaman aku sebagai penonton semata-mata.

Just saw this movie in GSC Amanjaya Mall and one thing I could say is 'SUPERB'. Since aku pegi tengok movie ni with no high expectation, pada aku movie ni berjaya membuatkan aku rasa tak rugi aku spend duit tengok movie ni..

Iron Man 3 actually kesinambungan kepada apa yang berlaku kepada Tony Stark lepas serangan makhluk asing dari The Avengers. Kalo yang tak tengok The Avengers mungkin tak pahamla bila Tony sebut pasal kejadian New York. Tony ni sebenarnya trauma lepas serangan tu so awal-awal cerita ditunjukkan macam mana Tony ni menghabiskan masanya yang tak boleh tido duk buat suit-suit iron man dia tu sebagai hobi. Orang billionaire.. Hobi pun bukan calang-calang la kan.

Apa yang buatkan aku rasa movie ni best sebab walaupun Iron Man is an action movie,dia banyak selitkan funny scenes.
Tony Stark and his suits

Happy Hogan. ketua sekuriti Tony Stark.. Dia ni pun kelakar. Asal ada scene dia je mesti gelak punya.

Watak villain dalam cerita ni namanya Mandarin. Mandarin dalam cerita ni ada twistnya. Kena tengok kalo nak tau. One day si Happy ni koma sebab terkena letupan angkara si Mandarin. Tony ni bengang pastu cabar Mandarin siap bagi alamat umah dia masa interview dengan reporters.

Tak payah tunggu lama. Mandarin hantar anak-anak buah dia pegi serang rumah Tony Stark. Sampai tinggal tapak je dia kerjakan. Lepas insiden ni semua orang ingat Tony Stark@Iron Man dah mati.

Cerita seterusnya rasanya lebih afdal kalo korang pergi tengok sendiri. Sebab memang best. Memang aku recommend sangat movie ni. Aku pun rasa macam nak repeat lagi sekali. Tak puas tengok Tony Stark dengan lawak dia tu.. Untuk movie ni aku bagi 5 dari 5 bintang..

Tentang posting, tentang perasaan dan tentang makan...

Semakin menghampiri penghujung praktikum ni,semakin berdebar plak rasa.. Hari2 isu posting dibangkitkan.. Yela sape taknak jawatan tetap ye tak.. walaupun geng DPLI sebelum ni blum lagi dipostingkan, tapi dengar kabarnya, kitorang student DPLI GSTT  ni tak perlu tunggu lama lagi untuk dipostingkan.. harap berita yang orang kabarkan tu betulla..

Minggu ni sebenarnya emosi aku banyak turun naik.. Banyak isu yang membuatkan aku down.. Nak-nak ari khamis.. apesal tah asal ari khamis je aku stress.. orang lain ari khamis la happy pasal dah nak cuti esoknya..hehe.. Aku ni kalo stress suka makan.. Balik je skolah terus tuju KFC..beli barang 3ketul ayam.. balik umah makan sambil ngadap cita Hongkong kat 8tv.. Arini layan lagi makan fastfood.. Kena paw dengan adik aku makan McD plak.. Pastu tetiba rasa nak tengok wayang.. Layan ar Iron Man sambil ngunyah pop corn.. Esok kang gemok sendiri mau ingat je la... dah makan tak sedar diri..

Rajin nanti kang aku ingat nak buat review pasal Iron Man 3 ni.. Malam-malam sket la aku karang.. Skang nak layan Candy Crush dulu..hihi..bye..





Saturday, 4 May 2013

Second and last observation

Alhamdulillah hari khamis haritu merupakan hari terakhir pensyarah datang observe.. leganya rasa.. kurang dah satu beban yang nak ditanggung.. terus rasa dah tak nak tulis rph dah.. eh buat yang tak tau..observe ni penting untuk cikgu yang tengah praktikum..since pensyarah yang akan buat penilaian pengajaran kita.. tapi markah of course bukan sepenuhnya dari pensyarah.. guru pembimbing pun menyumbang jugak. tapi yang tu tak risau sangat..boleh kawtim...hehe

Antara tips yang pensyarah aku tekankan:
  • Kena banyak terapkan higher order thinking skills dalam pengajaran.. maknanya kena banyakkan aktiviti yang melibatkan pelajar menganalisis, mengsintesis dan menilai..
Aku amek contoh subjek aku je la kan senang.. aritu aku mengajar tajuk Etika Makan.. so aku kena banyakkan soalan di mana jawapannya memerlukan pelajar berfikir sendiri..xde dalam buku teks.. 

Contohnya: Suruh pelajar buat perbandingan cara makan mereka di rumah dengan cara makan di rumah orang lain(rumah saudara atau rumah kawan).. Di sini aspek analisis dah digunapakai.. Lepas tu suruh pelajar buat pilihan dan nyatakan sebab di mana cara makan yang lebih baik telah diamalkan.. Di sini aspek penilaian pulak diterapkan..
  • Guru kena kurangkan bercakap. Maksudnya student-oriented learning. Pembelajaran berpusatkan murid.
Yang ni memang diakui kaedah pengajaran yang sangat ditekankan oleh mana-mana lecturer pun.. Tapi sebenarnya banyak jugak pros and cons nya.. Kita sebagai cikgu memang dah sinonim dengan banyak bercakap sebnarnya.. Walaupun dah plan aktiviti berpusatkan murid, cikgu ni memang dah tak boleh nak tutup mulut kot..hahaha.. nak jugak tambah-tambah.. 
  •  Lepas tu kawalan kelas masa aktiviti perbincangan murid.
Ok yang ni kalo nak bertikai memang aku kira nak menang jela.. Pada aku kalo dah nama discussion, kita tak boleh nak suruh murid discuss slow-slow.. lagipun masa aku kat UPSI aritu pun pensyarah aku penah cakap, takpe kalo pelajar bising sket masa aktiviti discussion.. itu normal..

Tu antara beberapa yang aku ingat untuk aku share dalam blog ni.. Apa-apa pun untuk plan kaedah pengajaran ni takdelah sesusah nak praktikkannya..sebab cikgu ni berhadapan dengan manusia yang banyak ragamnya..kena mood diorang baik..baiklah perjalanan sepanjang kelas tu.. Tapi dengan nasihat pensyarah penyelia, guru pembimbing dan guru-guru lain, besar la harapan supaya aku dapat jadi guru yang lebih berkesan.. Insyaallah..